NEGARA

Guna air berlumut proses tauhu

Guna air berlumut proses tauhu


SEORANG pegawai penguat kuasa meninjau tempat tauhu dikeringkan di sebuah kilang di Cheras semalam.



KAJANG - Terlalu menjijikkan.
Begitulah keadaan yang boleh digambarkan apabila kilang tauhu kering yang beroperasi bersebelahan kandang anjing di Cheras di sini, setelah diserbu oleh pihak berkuasa semalam.

Paling meloyakan ialah, ribuan lalat menghurungi tauhu-tauhu yang sedang dalam proses pengeringan manakala alatan yang digunakan sudah berkarat dan buruk yang dikatakan telah digunakan sejak 13 tahun lalu tanpa ditukar yang baru.

Selain itu, proses membuat tauhu tersebut menggunakan air yang diperoleh daripada sebuah kolam takungan yang sudah berlumut dengan air kotor berwarna kehijauan.

Penggunaan air tersebut diakui sendiri oleh seorang pekerja kilang tersebut yang memberitahu air daripada kolam yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut digunakan untuk memproses makanan tersebut.

Malah, kelibat anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan kilang juga menjadikan produk makanan tersebut tidak sepatutnya dijual kepada orang ramai di negara ini.


KEDUDUKAN kilang tauhu kering di Cheras yang diserbu semalam.


Namun, penemuan yang paling mengejutkan ialah pengusaha kilang tersebut masih menggunakan logo halal yang sudah tamat tempoh sejak Januari 2003 dan perkara itu disahkan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tidak kurang 20 ekor anjing yang dikurung di sebelah kilang itu pula difahamkan sedang menjalani proses jagaan dan rawatan sebelum dijual sebagai haiwan peliharaan.

Pusat jagaan anjing itu yang dimiliki oleh pengusaha lain terletak hanya kira-kira 15 meter dari kilang tersebut. Bersebelahan kilang tersebut ialah kawasan pangsapuri dan Sungai Balak.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman, pihaknya sudah mengarahkan kilang itu ditutup serta-merta dan lesen ditarik balik.

"Pemilik perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kerana melanggar syarat lesen perniagaan seperti gagal memastikan kebersihan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ekoran laporan Kosmo! semalam mengenai kewujudan sebuah kilang memproses tauhu kering yang didakwa penduduk menjalankan operasi di kawasan kandang ternakan babi.

Jelas Kamarul lagi, MPKj turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pengusaha tauhu di bawah undang-undang Trit Perdagangan dan Industri.


PULUHAN lalat menghurungi sebatian tauhu kering di tempat pengeringan.


Pemilik kandang anjing itu pula dikompaun RM25,000 dan diarah merobohkan kandang itu serta-merta kerana tidak mendaftarkan perniagaan tersebut.

"Walaupun arahan roboh dikeluarkan serta-merta tetapi MPKj memberi tempoh selama 30 hari untuk pemiliknya mengeluarkan barang-barang mereka," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu berkata, kilang itu turut disaman kerana gagal mempamerkan papan tanda dan nombor pendaftaran perniagaan.

Menurut Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu, tindakan tersebut diambil di bawah kaedah 17 A(2) yang membawa hukuman denda sebanyak RM10,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Stailo!»

Stereostar Clothingdidik remaja Muslim

PERANAN simbol, nombor dan tulisan jawi dapat membantu anak-anak muda memahami konsep asas Islam menerusi fesyen.

Varia!»

Pameran seni anjuran korporat

STOWE (dua dari kanan) dan Serenella (tiga dari kiri) pada pelancaran buku Prudential Malaysia Eye: Contemporary Malaysian Art baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15