NEGARA

One Nation Emcees juara GangStarz

One Nation Emcees juara GangStarz


ONE NATION EMCEES menjuarai pertandingan Gangstarz dan meraih hadiah RM330,000.


SHAH ALAM Ė Setelah berputih mata tahun lalu, kumpulan dari Malaysia, One Nation Emcees akhirnya berjaya menebus kekecewaan apabila diumumkan juara dalam peringkat akhir GangStarz musim kedua yang berlangsung di Stadium Melawati, di sini semalam.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai pertandingan nyanyian tempatan paling lumayan berjumlah AS$100,000 (RM330,000) dan peluang merakam album.

Kumpulan One Nation Emcees menewaskan empat lagi saingannya termasuk satu kumpulan yang juga dari Malaysia, Akasia, Paragon Child dan 3.5 dari Filipina serta DíReborn dari Indonesia.

One Nation Emcees yang dianggotai oleh empat anak muda iaitu Shamimi Amalina Norhisham, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi Edris dan Nur Hasan Baias, turut memenangi RM10,000 kerana memperoleh undian tertinggi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton sepanjang program GangStarz musim kedua berlangsung.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

One Nation Emcees menyanyi lagu berjudul Kuda Hitam, Madu dan Racun serta Donít Phunk With My Heart dan berduet dengan Jeffrydin melalui lagu Mas Mona dan Kenanganku.

Process time in ms: 31