SUKAN
Yu Fang tarik diri gara-gara sakit perut

BEIJING - Gara-gara masalah kesihatan, atlet negara, Yuan Yu Fang (gambar) gagal menamatkan perlumbaan dalam acara 20 kilometer jalan kaki wanita pada Sukan Olimpik XXIX semalam.
Atlet veteran itu terpaksa menarik diri selepas 12 kilometer akibat sakit perut yang dialaminya sebaik sahaja perlumbaan bermula.
"Saya minum ais pagi ini (pagi semalam), mungkin itulah puncanya. Saya berasa amat tidak selesa sehinggakan tidak dapat meneruskan perlumbaan," kata atlet berusia 32 tahun itu yang beraksi pada Sukan Olimpik buat kali ketiga.
Pada temasya di Athens empat tahun lalu, Yu Fang sekadar menamatkan saingan di tempat ke-35.
Di Beijing, dia menyasarkan untuk sekurang-kurangnya kedudukan ke-15 di kalangan 48 atlet yang bertanding.
Terdahulu, pada dua kilometer pertama, Yu Fang berada di tempat ke-21 sebelum dia tercicir di kedudukan ke-35 selepas empat kilometer.
Yu Fang melepasi tahap enam kilometer di tempat ke-40 dan ketika pertengahan perlumbaan, dia berada di tempat ke-46 untuk berada dalam kelompok terakhir.
Yu Fang melayakkan diri ke Olimpik dengan catatan terbaik semasa iaitu satu jam 32 minit dan 48 saat, di luar rekod kebangsaan yang dilakukannya 1'32:25s.
Dia adalah atlet olahraga negara yang terakhir beraksi di Beijing selepas Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki) gagal mara ke pusingan akhir.
Acara ini dimenangi atlet Rusia, Olga Kaniskina yang berjaya mencatatkan rekod baru Olimpik dengan masa 1'26:91s.
Catatan tersebut sekali gus mengatasi rekod Olimpik terdahulu iaitu 1'29:05s yang dilakukan atlet China, Wang Liping pada temasya 2000 di Sydney.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


