NEGARA
Konsert rock 'kemas' gegar Kota Bharu

KOTA BHARU - Buat pertama kali, dua penyanyi dan lima pemuzik rock tempatan tampil membuat persembahan terbuka di hadapan 5,000 pengunjung di sini malam semalam.
Kemunculan vokalis Rusty Blade, Yantzen dan Ezam dari Kumpulan Akar menggamatkan konsert yang berlangsung di Jalan Padang Tembak dekat Pangkalan Chepa.
Juruhebah, Isma Halil Hamzah menjadi pengacara dengan iringan pemuzik seperti Iswau dari kumpulan Wow, Habib (Baba) Zam Stone dan Raof (Amuk) dan Mohari (Mohram).
Konsert percuma anjuran Pan-Phoenix Dina Holdings Sdn. Bhd. itu bersempena pelancaran album Rock Rohani terbitan anak syarikat tersebut yang mengetengahkan irama rock bermesejkan ketuhanan, nasihat dan kasih sayang.
Sementara itu Presidennya, Khairul Anuar Mat Saat memberitahu, konsert tersebut diadakan bertujuan mengetengahkan kembali genre muzik rock dalam menyampaikan mesej keagamaan.
"Langkah merintis muzik rock dengan lagu-lagu berkonsepkan nasihat dan memuji kebesaran Allah dijangka mendapat perhatian khususnya di kalangan golongan muda yang menggemari muzik rock yang bersifat agresif," katanya.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


