NEGARA
Graduan UIAM pakai jubah baru

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, seramai 4,112 graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengenakan jubah rekaan terbaru serta topi mortar board pada majlis konvokesyen ke-24 universiti itu pada 23 hingga 25 Ogos depan.
Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md. Tahir Azhar berkata, perubahan itu dibuat sempena sambutan ulang tahun ke-25, UIAM dan keputusan itu bertujuan untuk menyelaraskan standard dengan universiti lain.
Sebelum ini katanya, graduan lelaki UIAM memakai songkok, manakala graduan wanita pula hanya memakai tudung dan jubah rekaan baru itu akan membolehkan semua graduan terbabit kelihatan segak dan kemas.
"Jubah ini selesa dipakai kerana ringan selain rekaannya menunjukkan perbezaan dari segi warna, corak jahitan, benang sulaman dan tambahan hood berwarna bagi menunjukkan perbezaan jurusan graduan berbanding sebelum ini yang hanya kelihatan dipaparkan melalui warna lilitan pada lengan jubah," katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurut beliau, walaupun keputusan memakai mortar board telah diambil, UIAM akan tetap mengenakan songkok untuk upacara rasmi yang lain dan pada waktu perasmian majlis konvokesyen.
Bagaimanapun jelas Md. Tahir, terdapat beberapa pihak kurang bersetuju dengan perubahan itu kerana pada mereka, amalan memakai songkok lebih sesuai selain ia mengikut adat Islam.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


