NEGARA

Premis komik gay di pusat beli-belah terkenal diserbu

Premis komik gay di pusat beli-belah terkenal diserbu


KERATAN Kosmo! 7 Julai.


KUALA LUMPUR – Sepasukan unit penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri kelmarin, bertindak ‘menyerbu’ beberapa premis yang didapati menjual komik gay di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Serbuan itu dibuat ekoran pendedahan Kosmo! kelmarin dan hasilnya mereka berjaya merampas sebanyak 50 buah komik gay pelba- gai tajuk dengan isi kandungan menjurus kepada keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Pemeriksaan itu diketuai Timbalan Ketua Unit Penguat Kuasa Baha- gian Kawalan Penerbitan & Teks al-Quran KDN, Faizal Mohd. Ali bersama empat anggota penguat kuasa lain dengan kesemua barangan rampasan tersebut bernilai RM2,400.

Menurutnya, buku-buku tersebut dirampas di bawah Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 dan bagi tujuan kajian lanjut.

“Ekoran pendedahan Kosmo! sebelum ini, kami telah memeriksa premis berkenaan dan mendapati mereka menjual komik gay dan beberapa komik yang boleh meruntuh- kan moral remaja yang lain.

“Dengan itu, bahan bacaan tersebut dirampas dan akan dihantar ke Bahagian Penerbitan untuk kajian selanjutnya di mana penentuan sama ada bahan tersebut sesuai untuk pembacaan umum atau sebalik- nya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan mengenai kegiatan beberapa premis sekitar Damansara yang menjual lebih 20 jenis komik gay dengan harga mencecah RM50 setiap satu.

Malah, komik-komik tersebut ternyata mendapat sambutan daripada generasi muda yang gemar membaca komik tersebut.

Tambah Faizal, bahan bacaan ini tidak sepatutnya dijual di premis berkenaan atau di mana sahaja kerana ia boleh mempengaruhi golo- ngan muda dalam aktiviti yang tidak bermoral.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang jualan bahan bacaan yang meragukan boleh membuat aduan terus ke Bahagian Penguat Kuasa di talian 03-88868420.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32