REKREASI
Malakoff duathlon kini kembali

SIRI Malakoff University Duathlon 2008 (MUDS 2008) kini kembali lagi. Acara ini diadakan bagi mengajak bakat baru dan lama dalam sukan duathlon Malaysia menyahut cabaran dan menguji ketahanan dengan menyertai pertandingan berbilang acara. Acara yang terlibat dalam siri ini ialah berlari dan berbasikal.
Sebanyak tiga siri pertandingan akan diadakan pada setiap Sabtu bermula 19 Julai ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perlumbaan ini melibatkan larian sejauh 3 kilometer (km), 14.5km berbasikal sebelum larian terakhir sejauh 3km. Pada hari Sabtu berikutnya iaitu 26 Julai, pertandingan akan diteruskan di Universiti Malaya (UM). Di universiti ini, perlumbaan melibatkan larian sejauh 3.5km diikuti berbasikal sejauh 14.5km sebelum berlari semula dalam jarak 3.5km. Siri perlumbaan terakhir akan berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2 Ogos iaitu 4km berlari, 20km berbasikal dan 4km berlari.
![]() |
|
|
Para penuntut universiti serta orang ramai dipelawa menyertai mana-mana tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Universiti (Lelaki dan Wanita), Terbuka (Lelaki dan Wanita) dan Berganti-ganti (Lelaki dan Campuran).
Kategori berganti-ganti turut ditawarkan bagi membuka peluang kepada lebih ramai peserta untuk merasai sendiri kehangatan perlumbaan duathlon ini. Ini termasuk kepada mereka yang mungkin hanya mempunyai kelebihan dalam disiplin berbasikal berbanding larian, atau sebaliknya. Borang pendaftaran boleh dimuatturun daripada laman web www.duathlonseries.com.my.
Semua peserta digalakkan menghadiri Klinik Khas DU Powerbar sehari sebelum pertandingan dilangsungkan bagi memperoleh penerangan mengenai aspek nutrisi dan hidrasi, rehat dan pemulihan serta pelbagai tip berguna. Butiran mengenai klinik ini boleh diperoleh menerusi laman web tersebut.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.





Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


