DUNIA

Bee Gees bakal kembali

Bee Gees bakal kembali


BARRY (tengah) dan Robin Gibb bercadang membuat kemunculan semula selepas kematian Maurice (kiri sekali).


LONDON - Bekas anggota band terkenal 1970-an, Robin Gibb mendedahkan kepada stesen televisyen BBC kemungkinan dia dan abangnya, Barry kembali beraksi di pentas dan membentuk semula kumpulan popular The Bee Gees.

Pengumuman itu menyusul selepas lima tahun seorang lagi ahli band yang juga abang mereka, Maurice, meninggal dunia.

Robin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung sama ada Barry selesa menyanyi semula atau tidak.

"Bila dan di mana akan diputuskan kemudian apabila dia kata setuju," katanya yang kini sibuk dengan sebuah album solo.

Barry sebelum ini dilaporkan tidak berhasrat membentuk semula band adik-beradik itu selepas Maurice meninggal dunia pada tahun 2003. Namun dia pernah beraksi duo bersama Robin sekali sahaja pada 2006. - Agensi

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31