NEGARA

Air mata pokok Sabu

Air mata pokok Sabu


ORANG ramai mengambil titisan air dari sebatang pokok berhampiran Masjid Raja, Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Sebatang pokok Sabu atau pokok India yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun berhampiran Masjid Raja, Bukit Besar di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak tiga hari lalu apabila dahan-dahannya dilihat mengalirkan air tanpa henti.

Kejadian itu semakin menarik apabila orang ramai mendakwa terdengar pokok itu mengeluarkan bunyi seperti orang menangis pada waktu malam.

Ekoran itu, pokok yang terletak dalam kawasan tanah perkuburan Islam di masjid berkenaan menjadi tumpuan penduduk siang dan malam.

Seorang penduduk, Norhayati Husin hairan kerana pokok yang tidak mengeluarkan buah itu tiba-tiba mengeluarkan air berbuih dan berbau seperti air kelapa muda.

Guru di pusat fardu ain kawasan itu, Azrul Alias pula menceritakan, ia berlaku selepas proses memajukan seluruh kawasan tersebut dimulakan sejak seminggu lalu.

"Baru minggu lalu penduduk mendapat bayaran untuk membangunkan kawasan ini termasuk masjid dan kawasan tanah perkuburan,'' katanya.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15