NEGARA

Gadis 'prepaid' Dungun - <i>Layanan diberi ikut nilai prabayar</i>

Gadis 'prepaid' Dungun - Layanan diberi ikut nilai prabayar


ANTARA SMS gadis 'prepaid' Dungun kepada pelanggan mereka.


BESUT - Semakin banyak jumlah tambah nilai yang dibelikan, semakin 'hebat' layanan ditawarkan.
Itulah kegiatan beberapa remaja perempuan di negeri ini yang sedia menemani dan melayan mana-mana lelaki jika sanggup membelikan kad prabayar untuk telefon bimbit mereka.

Salah seorang gadis remaja tersebut, Nadia (nama samaran) yang berjaya dikesan wartawan Kosmo! memberitahu, perkhidmatan mereka bergantung kepada nilai kad prabayar.

Katanya, dengan tambah nilai serendah RM5, lelaki akan dibenarkan bersembang dan berkenalan dengan mereka.

Nadia yang baru berhenti sekolah di Dungun kerana mahu hidup bebas berkata, bagi tambah nilai antara RM10 hingga RM20 pula, lelaki boleh bersembang topik-topik berunsur lucah.

Remaja ini mengakui sedia untuk 'ringan-ringan' dan dibawa keluar bagi tambah nilai antara RM30 hingga RM50, selain perlu membelanjanya makan.

Malah, bagi yang sanggup menambah nilai RM100 ke atas, dia rela menemani lelaki itu ke ranjang, ujarnya.

"Bukan susah sangat, top-up (tambah nilai) aje, lepas tu kita tengoklah berapa banyak abang nak bagi," katanya menerusi SMS kepada wartawan Kosmo!.

Wartawan Kosmo! mengambil masa lebih dua bulan untuk menjejak dan mengatur janji temu selepas kegiatan gadis itu didedahkan seorang lelaki yang pernah 'berurusan' dengannya.

Bagaimanapun ketika itu, Nadia kerap kali mengelak dan memberi alasan sibuk kerana 'jadualnya' padat.

Iklan@KOSMO!


Process time in ms: 46