DUNIA

Waran tangkap adik Sultan Brunei

Waran tangkap adik Sultan Brunei

Tidak hadir di mahkamah Britain


JEFRI BOLKIAH


LONDON - Seorang hakim Britain mengeluarkan waran tangkap terhadap Putera Jefri Bolkiah iaitu adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah selepas beliau gagal menghadirikan diri di mahkamah semalam.

Putera Jefri sepatutnya hadir untuk menghadapi dakwaan bahawa beliau melanggar arahan mahkamah yang memerintahkannya menyerahkan lebih tiga bilion pound sterling (RM19.2 bilion) dalam bentuk wang tunai dan aset kepada sebuah agensi pelaburan milik kerajaan Brunei.

Beliau yang pernah digelar sebagai putera playboy kerana gaya hidup mewahnya terperangkap dalam tuntutan undang-undang berhubung dakwaan melakukan penyelewengan berbilion-bilion dolar ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Peguam putera itu, James Lewis memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui di mana anak guamnya berada.

Bagaimanapun, beliau berpendapat putera itu mungkin berada di Perancis atau Monaco.

Hakim Peter Smith mengeluarkan waran tangkap ke atas Putera Jefri dan memberi amaran beliau akan dipenjarakan jika ditahan.

"Jika beliau ditangkap, seorang peguam bela perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk mempengaruhi saya bahawa beliau perlu diberikan ikat jamin," kata Smith.

Skandal keluarga diraja Brunei didedahkan kepada awam pada 2000 apabila kerajaan Brunei menuduh Putera Jefri Bolkiah iaitu adik bongsu Sultan Brunei menyeleweng hampir AS$16 bilion (RM52.3 bilion) ketika beliau menjadi Menteri Kewangan antara 1986 dan 1998.

Penyelewengan itu hampir menyebabkan negara itu menjadi muflis ketika pendapatan Brunei terjejas berikutan harga minyak rendah dan krisis ekonomi Asia berlaku.

Penipuan yang dilakukan oleh Putera Jefri itu menyebaban hubungannya dengan Sultan Brunei yang merupakan antara lelaki terkaya di dunia menjadi rengang.

Putera itu sebelum ini berjaya mencapai persetujuan bagi melakukan penyelesaian di luar mahkamah pada 2000 dengan bersetuju membayar balik wang itu yang didakwa digunakan untuk membeli hotel-hotel dan beberapa aset lain.

Beliau meninggalkan Brunei pada 2004 dan kini menetap di London di mana putera itu memiliki sebuah kediaman mewah.

Putera Jefri yang berumur 53 tahun memiliki empat isteri, 17 anak dan 18 anak angkat. - AP

Rencana Utama!»

Kuasa trending, kualiti drama Melayu

PENONTON pada masa kini mula disajikan dengan banyak karya bersifat ringan atau santai, berbanding sarat nilai kehidupan seperti yang pernah terjadi sekitar tahun 90-an dahulu.

Varia!»

Fatihah Frozen Food semakin dikenali ramai

FATIHAH bersama anak-anaknya, Hamizah (kanan) dan Hazirah ketika berbincang mengenai perancangan syarikat milik mereka.

Process time in ms: 32