NEGARA

Sindiket dadah terus buru mangsa <i>- Remaja dari Johor ditahan bawa heroin di Taiwan</i>

Sindiket dadah terus buru mangsa - Remaja dari Johor ditahan bawa heroin di Taiwan


SHEIKH FAEIZAN remaja yang ditahan di Taipei, Taiwan.


PONTIAN - Lagi rakyat Malaysia ditahan kerana membawa dadah di luar negara.

Paling terbaru seorang remaja berumur 19 tahun pula terjerat umpan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Selepas melibatkan kaum wanita, mahu pun orang kurang upaya (OKU), sindiket terbabit kini beralih kepada golongan remaja dan mangsa terbarunya ialah Sheikh Faeizan Omar dari Kampung Paya Embun, Pekan Nanas di sini.

Remaja itu dikatakan menjadi mangsa sindiket yang berselindung di sebalik tugas sebagai penghantar barang kristal dan serbuk emas ke luar negara.

Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya itu, bapa mangsa, Omar Yaini, 54, berkata, anaknya kini ditahan oleh pihak berkuasa di Taipei, Taiwan sewaktu hendak berlepas pulang ke negara ini pada 24 Mac lalu.

Katanya, anaknya disyaki membawa keluar dadah jenis heroin dalam sebuah beg (briefcase) seberat 2.141 gram.

Omar memberitahu, beliau hanya mengetahui perkara itu sele- pas dua minggu anaknya ditahan melalui panggilan telefon oleh seorang pegawai yang bertugas di Malaysia Friendship and Taiwan Centre di Taipei.

Menurutnya lagi, sebelum keja- dian itu, Faiezan tinggal bersama anak sulungnya, Nur Asmawati, 30, di Kuala Lumpur dan tidak mengetahui tentang pemergian anaknya ke luar negara.

"Saya kenal betul anak saya. Dia seorang yang lurus bendul jadi kami percaya dia telah diperangkap oleh satu sindiket dadah," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Omar memberitahu, mengikut kertas tuduhan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kausiong, Taiwan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, Faiezan menjadi suspek utama dalam kegiatan pengedaran dadah tersebut.

Ini berikutan, berpandukan kepada pasport antarabangsa Faiezan, dia singgah di beberapa desti- nasi lain seperti Hong Kong, Vietnam, Laos selain Taiwan.

Katanya, menurut undang-undang pencegahan dadah No 4. Seksyen 1 di negara Taiwan, jika sabit kesalahan Faiezan boleh dihukum penjara seumur hidup atau sekurang-kurangnya penjara selama lima tahun.

Dalam pada itu katanya, selepas mengetahui berita tersebut, dia merujuk perkara berkenaan dengan Wisma Putra. Beliau sungguh terkejut apabila dimaklumkan yang nama anaknya tersenarai antara warganegara Malaysia yang ditahan di Taiwan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Process time in ms: 16