NEGARA
Kontrak kem PLKN kotor akan dibatal
KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan membatalkan kontrak penggunaan mana-mana kem untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang didapati gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.
Ketua Pengarah JLKN, Abdul Hadi Awang Kechil berkata, tindakan itu bertujuan untuk memastikan semua pelatih berada dalam keadaan selamat dan sihat sepanjang menjalani latihan.
"Kami tidak akan berkompromi dengan pengusaha-pengusaha kem PLKN yang tidak mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan dan tindakan tegas dengan menghentikan perkhidmatan mereka akan diambil," katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam berhubung kes keracunan makanan yang membabitkan 67 pelatih PLKN siri 2/2008 Kem Barracuda di Peladang Setiu Agro Resort di sini.
Pelatih-pelatih di kem berkenaan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan selepas makan tengah hari yang disediakan oleh pengusaha kantin kem terbabit.
Kes yang sama juga dilaporkan berlaku di kem terbabit pada 24 Mei lalu apabila sembilan pelatih telah dikejarkan ke hospital.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


