NEGARA

Larang beli minyak di Kedah - <i>Jarak 30 hingga 50km terlalu dekat bagi warga Thailand</i>

Larang beli minyak di Kedah - Jarak 30 hingga 50km terlalu dekat bagi warga Thailand


SEORANG rakyat Thailand mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Bukit Kayu Hitam semalam.


ALOR STAR - Larangan membeli petrol dan diesel bagi kenderaan Thailand perlu dikuatkuasakan ke seluruh Kedah sekiranya kerajaan ingin mencegah warga negara jiran itu membeli bahan bakar bersubsidi.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berpendapat, larangan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing di stesen-stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer (km) tidak dapat membendung kegiatan tersebut memandangkan jarak tersebut masih dekat.

Katanya, beliau percaya selepas ini kenderaan dari Thailand akan terus mencari stesen minyak di luar jarak tersebut.

"Dari Bukit Kayu Hitam ke Jitra pun dah dekat 30km, mereka boleh datang ke Alor Star untuk isi minyak, jadi lebih baik larang seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan kerajaan memutuskan semua stesen minyak di sempadan negara dilarang menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, larangan itu membabitkan stesen minyak dalam jarak 30 hingga 50km di kawasan sempadan negara.

Sementara itu, seorang pengusaha stesen minyak di Changloon di sini yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pengusaha stesen minyak di sekitar sempadan akan 'gulung tikar' ekoran penguatkuasaan terbaru itu.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15