NEGARA

Kenapa saya jadi mangsa? <i>- Daripada 1,000 setinggan, hanya satu rumah yang dirobohkan</I>

Kenapa saya jadi mangsa? - Daripada 1,000 setinggan, hanya satu rumah yang dirobohkan


SULAIMAN (kiri) bersama ahli keluarga melihat rumahnya yang dirobohkan pihak berkuasa kelmarin di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang semalam.


JOHOR BAHRU – “Lebih 1,000 rumah setinggan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang ini, mengapa hanya rumah saya seorang yang dirobohkan?”

Itulah persoalan yang ‘menghantui’ Sulaiman Hashim, 48, dan lapan ahli keluarganya yang sedih dan kecewa.

Katanya, rumah yang baru dibina berdekatan rumah lamanya lebih sebulan lalu di kawasan berkenaan dirobohkan pihak berkuasa kelmarin.

Sulaiman yang mengusahakan warung secara kecil-kecilan berkata, rumah yang dibina dengan kos lebih RM25,000 itu dirobohkan setelah notis selama sebulan untuk mengosongkan rumah itu tamat kelmarin.

Justeru, dia yang telah menetap di kampung tersebut sejak 23 tahun lalu terkejut apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) datang dengan sebuah kren dan jengkaut serta 50 anggota termasuk polis.

“Ketika itu pukul 10 pagi, saya dan enam ahli keluarga lain sedang minum pagi.

“Mereka (penguat kuasa) bertindak merobohkan rumah dan saya tidak mampu menghalang,” katanya di sini semalam.

Menurut Sulaiman, dia terkilan ekoran tindakan pihak berkuasa itu terlalu terburu-buru.

Apa yang lebih mengecewakan, hanya rumahnya sahaja dirobohkan sedangkan rumah setinggan lain tidak diusik.

Beliau mendakwa, walaupun tahu tanah itu milik kerajaan, keputusan membina rumah itu dibuat setelah mendapat persetujuan lisan daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Tindakan membina rumah baru itu, katanya, disebabkan rumah yang didiami sekarang terlalu uzur serta sering dinaiki air terutama jika hujan berterusan selama 30 minit.

Pada masa sama, Sulaiman turut mempersoalkan notis pengosongan tanah yang tidak mempunyai namanya serta tarikh.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32