NEGARA

Hukuman tidak hadir PLKN diubah

Hukuman tidak hadir PLKN diubah

KUALA LUMPUR - Individu yang gagal menghadirkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh dikenakan tindakan menjalankan khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman denda dan penjara, apabila cadangan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 diluluskan.

Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat (semalam), bertujuan membenarkan mahkamah memerintahkan seseorang pesalah untuk melaksanakan khidmat masyarakat dan bukannya denda atau dipenjara sebagai suatu bentuk hukuman kerana tidak menghadiri latihan khidmat negara.

Sebelum ini, seseorang pelatih yang gagal menghadiri program berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31