DUNIA

Kerajaan Pakistan, Taliban capai gencatan senjata

Kerajaan Pakistan, Taliban capai gencatan senjata


SEORANG peniaga semalam menjual tomato di Lembah Swat yang kini dikuasai oleh kumpulan Taliban.


PESHAWAR - Kumpulan Taliban semalam menegaskan bahawa kejayaan perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan bergantung kepada penguatkuasaan penuh undang-undang Syariah di wilayah barat laut yang kini dikuasainya.

Perjanjian tersebut menamatkan pertempuran selama berbulan-bulan di Lembah Swat antara tentera dengan pejuang yang setia pada komander pro-Taliban, Maulana Fazlullah yang mahu undang-undang Islam diperkenalkan di wilayah itu.

Melalui perjanjian itu yang dimeterai kelmarin, kerajaan bersetuju untuk mengundurkan tentera dari wilayah itu dan memperkenalkan sistem perundangan Islam.

Kumpulan pejuang itu pula bersetuju untuk menghentikan serangan serta menyerahkan senjata kepada tentera kerajaan.

"Kami bersetuju untuk menghentikan perjuangan bersenjata kami kerana kerajaan bersetuju untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang Syariah," kata jurucakap kumpulan itu, Muslim Khan.

"Kami gembira dengan keputusan itu tetapi kejayaan perjanjian itu bergantung kepada tindakan kerajaan terutama sekali berhubung menguatkuasakan undang-undang Islam," ujarnya.

Rundingan dengan kumpulan itu dan beberapa wilayah bersempadan dengan Afghanistan dilancarkan oleh kerajaan baru Pakistan selepas menewaskan parti Presiden Pervez Musharraf dalam pilihan raya umum Februari lalu.

Sebelum ini, tentera Pakistan melancarkan serangan besar-besaran di Lembah Swat pada Oktober bagi selepas wilayah itu dikuasai oleh para pejuang. - AFP

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32