NEGARA

Peluang orang bujang beli rumah

Peluang orang bujang beli rumah




KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan membuka peluang memiliki rumah di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat kepada golongan bujang.

Ketika ini syarat permohonan untuk memiliki rumah itu hanya di kalangan ibu tunggal atau pasangan suami isteri yang mempunyai tanggungan serta jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, meskipun golongan bujang tidak layak memiliki rumah tersebut, namun kebenaran untuk golongan itu menduduki rumah tersebut tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Nor memberitahu, kerajaan tidak mempunyai halangan untuk meluluskan permohonan di kalangan mereka yang belum berkahwin untuk menduduki rumah itu tetapi ia perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil mengenainya.

"Pada masa ini permohonan bagi mereka yang belum berkahwin tidak akan diluluskan kerana tidak layak tetapi akan melihat kewajarannya serta akan memberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah terlebih dahulu selain mereka yang telah berkeluarga," katanya di Dewan Rakyat semalam.

Rencana Utama!»

Natrah mengubah fasa hidup Fatini

FATINI mengabdikan gambar kenangan bersama Natrah ketika menemuinya di Amerika Syarikat lebih 20 tahun lalu.

Stailo!»

Ledakan hangat dua jejaka

SAFWAN dan Haikal berkongsi impian yang sama untuk beraksi di pentas runway MFW.

Varia!»

Usaha Malaysia banteras rasuah

PAUL LOW SENG KUAN mempengerusikan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus peringkat kebangsaan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47