DUNIA

Klip baru mesej Osama bin Laden

Klip baru mesej Osama bin Laden

DUBAI - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden semalam membidas negara-negara Barat yang mengambil bahagian dalam sambutan ulang tahun penubuhan negara Palestin yang ke-60.

Dalam satu kenyataan menerusi klip video di internet, Osama menegaskan umat Islam akan terus berjuang dan tidak akan membiarkan Palestin jatuh ke tangan Israel walaupun seinci.

"Penyertaan pemimpin Barat bersama Israel merupakan bukti kepada sokongan Barat terhadap penaklukan tanah Palestin oleh Yahudi," kata Osama.

"Kami akan terus berjuang menentang Israel dan sekutu mereka dan kami tidak akan membiarkan Israel bermaharajalela, " katanya.

Mesej hampir 10 minit itu disiarkan menerusi laman web kumpulan berkenaan berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyertai sambutan berkenaan.

"Bush berjanji untuk menubuhkan sebuah negara Palestin merdeka tetapi ia hanya janji kosong. Jihad ialah satu-satunya jawapan terhadap masalah itu," kata Osama.

Penindasan terhadap Israel bermula pada 1948 selepas pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Deir Yassin namun sehingga kini ia masih berterusan. - AFP

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32