NEGARA

Geram nasi sepinggan RM1.50

Geram nasi sepinggan RM1.50


RESIT menunjukkan nasi putih RM1.50 sepinggan yang dijual di sebuah restoran di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Jika sebelum ini, harga sepinggan nasi putih ialah antara 80 sen hingga RM1 tetapi sebuah restoran di sini, menjualnya dengan harga RM1.50.

Seorang pelanggan, Fahmi (nama samaran) yang mengadu kepada Kosmo! semalam, kesal dengan 'harga cekik darah' dikenakan oleh restoran itu yang baru memulakan perniagaan kira-kira enam bulan lalu.

Menurutnya, beliau yang makan di situ bersama seorang rakan Isnin lalu, terperanjat melihat seorang pekerja restoran itu menulis harga tersebut pada sekeping kertas semasa mengira harga makanan.

Ujarnya, apabila ditanya, pekerja itu memberitahu harga RM1.50 bagi sepinggan nasi tanpa lauk terpaksa dikenakan ekoran kenaikan harga beras sejak kebelakangan ini.

"Saya rasa harga tu memang tak patut, kalau naik 10 sen atau 20 sen mungkin masih boleh diterima tetapi jika sampai 50 sen, saya rasa itu sudah keterlaluan," katanya.

Menurut Fahmi, ekoran rasa tidak puas hati, beliau meminta resit bayaran untuk dijadikan bukti terhadap harga melampau yang dikenakan oleh restoran terbabit.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31