DUNIA
Pameran Jack The Ripper

LONDON - Pihak Muzium London menganjurkan satu pameran mengenai kisah pembunuhan bersiri yang misteri, Jack The Ripper.
Pameran yang dibuka kepada pengunjung kelmarin sehingga 2 November depan turut memaparkan nama-nama mangsa yang terbunuh dalam siri pembunuhan kejam ke atas wanita di kota tersebut.
Kisah pembunuhan bersiri yang dilakukan Jack itu didedahkan oleh media pada tahun 1888 hingga 1889.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang diketahui siapa sebenarnya Jack yang sehingga kini identitinya menjadi misteri.
Beberapa suspek yang disyaki sebagai pembunuh bersiri tersebut adalah seorang lelaki Poland, Aaron Kosminski, peguam, Montague John Druitt yang membunuh diri pada Disember 1888 dan seorang lelaki kelahiran Rusia, Michael Ostrog.
Suspek lain adalah seorang doktor dari Amerika Syarikat (AS), Francis Tumblety, Dr. Sir William Gull dan cucu Ratu Victoria Putera Albert Victor.
Turut menjadi suspek adalah seniman William Wickert dan penulis Lewis Carroll.
Nama Jack The Ripper itu diambil berdasarkan sepucuk surat yang ditandatangani dengan nama tersebut yang dihantar kepada Agensi Berita Pusat pada September 1888. - AP
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


