NEGARA
'Berpesta, mabuk macam lupa dunia'

PORT DICKSON - "Malam itu memang dahsyat, muda-mudi berpesta macam lupa dunia.
''Minum arak tanpa segan silu hingga ada terbaring dan pengsan dan dibantu petugas St. John Ambulance,''
Itu antara cerita penduduk tempatan mengenai keadaan ribuan pengunjung yang menyertai 'pesta liar' selama dua hari di Port Dickson pada 9 dan 10 Mei lalu.
Seorang penduduk, Syahrul Abidin memberitahu, selain warga asing, kelibat beberapa artis remaja jugau dilihat di tapak pesta yang sama bersama sekumpulan gadis sebagai rakan-rakannya.
"Kebetulan pada malam pertama itu, saya berada di situ, dalam keadaan macam cahaya lampu disko, saya tiba-tiba terserempak kelibat mereka (artis) bersama rakan mereka sedang berpesta,'' ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Syahrul, dia pada mulanya macam tidak percaya tetapi itulah hakikat yang disaksikan olehnya dengan mata kepalanya sendiri di sekitar tempat kejadian pada masa kejadian.
Akhbar ini kelmarin melaporkan mengenai parti liar yang membabitkan minuman keras dan pengunjungnya berpakaian menjolok mata.
Penganjurnya didakwa mendapat permit tapi didakwa telah disalahgunakan oleh penganjur dengan membiarkannya menjadi pesta liar oleh pesertanya yang turut dihadiri warga asing..
Pada pesta itu juga polis turut menahan seramai 41 orang yang disyaki terlibat dengan dadah.
Dalam pada itu, tinjauan semula ke tapak pesta itu semula bersama Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Beach Party Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap mendapati bekas-bekas kotak dan tin minum keras masih bertaburan di situ.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


