NEGARA
'Kami mungkin terlepas pandang'
KUANTAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan pihaknya terlepas pandang sehingga buku panduan telefon iklan melampau bagi edisi 2007/08 telah diterbitkan dan diedarkan ke seluruh negara.
Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Penerbitan KDN, Zailani Hashim.
"Kami mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak buku di negara ini diterbitkan, bahkan mencecah jutaan buku.
"Jika kita teliti satu persatu, pasti tak sempat dan ke biasaannya kita hanya mampu mengambil tindakan setelah ia berada di lapangan (pasaran) selepas menerima aduan atau maklumat," katanya.
Beliau memberitahu, penerbitan iklan berbau seks dalam buku panduan telefon jelas melanggar peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) Pindaan 1987.
"Iklan sebegini memang tidak dibenarkan dan bercanggah dengan garis panduan KDN," tegasnya ketika dihubungi selepas siaran iklan berkenaan difakskan ke pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelasnya lagi, setiap iklan disifatkan melanggar garis panduan dan prosedur KDN andai ia berbau seks, memaparkan mak lumat tidak jelas dan lengkap serta sengaja menyorokkan alamat premis.
Ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan ke atas syarikat itu, beliau menjelaskan KDN akan melakukan siasatan bersama pihak Polis Bukit Aman terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


