NEGARA

Bayar RM3,400 baru boleh dapat elektrik

Bayar RM3,400 baru boleh dapat elektrik

KUALA TERENGGANU - Hasrat Mamat Abdullah, 61, untuk menikmati kemudahan elektrik di rumahnya di Kampung Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus terpaksa dilupakan.

Semalam, kedatangan pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan membawa berita gembira sebaliknya meminta Mamat membayar sebanyak RM3,400 untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Mamat juga diminta menyelesaikan status pemilikan tanah tapak rumahnya bagi memudahkan urusan itu.

Menurut jurucakap TNB, kira-kira 20 batang tiang elektrik diperlukan untuk menyambung bekalan masuk ke rumahnya yang agak terpencil itu dengan kos RM200 sebatang.

Menurutnya, hanya tiga batang sahaja yang akan diberikan secara percuma manakala selebihnya perlu dibayar oleh Mamat.

Lawatan pegawai tu dibuat ekoran laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai masalah dihadapi Mamat yang terpaksa bercerai dengan dua isterinya hanya kerana mereka tidak sanggup hidup tanpa bekalan elektrik.

Beliau turut tersepit dengan perkahwinan ketiganya sejak dua bulan lalu apabila isterinya itu juga tidak mahu tinggal sebumbung selagi masalah itu tidak selesai.

Dalam pada itu, Mamat yang kecewa memberitahu dia memang tidak mampu membiayai kos berkenaan kerana cuma memperoleh antara RM20 hingga RM30 sehari sebagai penoreh getah.

"Mana saya nak cari duit sebanyak itu. Sebab itulah saya banyak kali mengadu kepada wakil rakyat sejak tahun 2004 supaya selesaikan masalah ini," katanya yang mengaku tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum lalu kerana kecewa.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32