NEGARA
Lagi gadis lari ke Lombok pulang

SEPANG - Setelah Siti Nor Azreen, 12, yang dibawa lari ke Lombok, Indonesia berjaya dibawa pulang pada 17 April lalu kini giliran Nurul Wahida Hamzah pula.
Gadis berusia 20 tahun itu tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini kira-kira pukul 9 malam dan kelihatan letih dan bingung.
Nurul Wahida tidak mahu ditemui media dan hanya berpelukan dengan keluarga dan saudara maranya.
Dia tiba bersama sepupunya, Fairuz Sulaiman dan wakil pertubuhan bukan kerajaan di republik berkenaan, Migrant CARE.
Suasana bertambah pilu apabila Nurul menangis ketika berpelukan dengan kakaknya, Saadiah, 38, setelah tiga tahun berpisah.
Sebelum itu, wanita tersebut mengikut seorang buruh Indonesia yang dikenali sebagai M. Yusup, 40-an, ke Pulau Lombok pada 2005.
Sebaik tiba di Lombok, mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki bagaimanapun meninggal dunia ketika berusia setahun tiga bulan akibat sesak nafas.
Saadiah berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana hajat untuk bertemu semula dengan Nurul tercapai.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


