NEGARA

Aduan polis terhadap Karpal

Aduan polis terhadap Karpal


ZAINOL FADZI (tengah) bersama rakan-rakannya menunjukkan laporan polis terhadap Karpal Singh yang dibuat di Ipoh semalam.


IPOH - Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berhubung kenyataannya mengenai isu penukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini semalam.

Dalam laporan itu, pergerakan tersebut meminta Karpal disiasat kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk menghasut rakyat agar mempercayai Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mempunyai kuasa melantik mana-mana pegawai kerajaan termasuk Pengarah JAIP dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin menyifatkan kenyataan Karpal itu adalah berbentuk hasutan yang tidak dibenarkan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana boleh menjejaskan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak.

"Karpal Singh tidak sedar bahawa kenyataannya boleh membawa ketegangan kaum dan menggugat sistem beraja serta kewibawaan sultan dan adat resam yang telah diamalkan sejak daripada dahulu lagi.

"Dalam kenyataan itu juga Karpal menyatakan sultan tidak mempunyai kuasa dalam Hal Ehwal Agama Islam negeri," katanya.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31