NEGARA

Jamry Sury dilantik semula Pengarah JAIP

Jamry Sury dilantik semula Pengarah JAIP


Jamry Sury


IPOH – Kontroversi mengenai pertukaran mendadak Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury dianggap selesai semalam setelah beliau kembali memegang jawatan berkenaan.

“Surat (pelantikan semula) akan diberi hari ini (semalam) dan kita menganggap isu ini telah selesai,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelantikan semula Jamry selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta-merta arahan pertukaran itu yang dibuat oleh Mohammad Nizar pada Selasa lalu.

Arahan supaya menarik balik pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada Jumaat lepas untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry.

Pada 29 April lalu, Jamry telah diarah bertukar serta-merta oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Mohammad Nizar kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan menyerahkan watikah memohon ampun secepat mungkin atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran dengan serta-merta Jamry. – Bernama

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31