NEGARA

Masih isteri orang tapi kahwin lelaki lain

Masih isteri orang tapi kahwin lelaki lain


Siti Fatimah dan Wan Yusof semasa berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Tuntut isteri. Seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki warga asing dua bulan lalu, diperintahkan tinggal berasingan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, selepas seorang lelaki lain mendakwa masih suami yang sah kepada wanita itu.

Hakim Sheikh Ahmad Sheikh Ismail membuat keputusan itu pada sebutan kes tersebut dan menetapkan 4 Jun sebagai tarikh perbicaraan.

Sementara menanti perbicaraan, beliau mengarahkan Siti Fatimah, 47, dikenakan mufaraqah atau tinggal berasingan dengan suaminya, Muhamad Abdullah @ Mihandar Singh yang baru dinikahinya Mac lalu.

Ini ekoran tindakan Wan Yusof Long, 63, memfailkan permohonan pengesahan perkahwinannya dengan Siti Fatimah yang didakwa masih isterinya berdasarkan surat nikah dikeluarkan Majlis Agama Islam Songkla, Thailand.

Wan Yusof yang ditemui berkata, beliau mengahwini Siti Fatimah yang ketika itu mempunyai tujuh anak, pada 19 September 2005 di Besut menggunakan khidmat juru nikah tidak bertauliah dikenali sebagai ‘Pok Leh’.

Dakwanya, juru nikah berkenaan mempunyai kaitan dan berurusan terus dengan pihak berkuasa agama negara jiran.

Namun pada 28 Mac lalu, isterinya berkahwin dengan lelaki lain di Masjid Kampung Binjai Bongkok, Marang meskipun beliau tidak pernah menceraikannya.

“Saya akui terdapat perselisihan faham dalam keluarga saya, tetapi saya tidak menjangkakan beliau (Siti Fatimah) bertindak menikahi lelaki lain,” katanya.

Jelasnya, perkahwinan Siti Fatimah dengan suami barunya seorang warga asing telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Daerah Marang selepas wanita itu menggunakan surat kematian suami pertamanya.

Wan Yusof dari Kampung Sekati, Manir di sini, mendakwa perkahwinan tersebut tidak sah dan tujuan beliau memfailkan pengesahan kerana perkahwinannya belum didaftar di negara ini.

Beliau berkata, Siti Fatimah yang bekerja sebagai peniaga keropok di Pasar Besar Kedai Payang, di sini adalah isteri keduanya kerana beliau turut mempunyai seorang isteri di Kota Bharu, Kelantan.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47