NEGARA

Buruh mati dibelasah

Buruh mati dibelasah


FAZILAH MUHAMMAD kesal mengenangkan suaminya, Hatib Leman (gambar kecil) menjadi korban hanya semata-mata kerana dia didakwa mengintai sambil cuba mencabul seorang gadis sunti.


KANGAR – Orang lain makan nangka, orang lain kena getah.
Demikian luahan Fazilah Muhammad, 34, yang kematian suami Hatib Leman, 35, seorang buruh akibat dibelasah kira-kira 20 lelaki di Kampung Belakang Kilang Ais, Kuala Perlis di sini malam kelmarin.

Menurut beliau, suaminya dibelasah bertubi-tubi di hadapannya dan lima orang anak mereka pada pukul 10 malam selepas didakwa penduduk kampung tersebut mengintai dan cuba mencabul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dua hari lalu.

“Kumpulan lelaki dengan lapan yang saya kenali telah datang ke rumah semasa kami sekeluarga menonton televisyen.

“Mereka terus menarik suami saya keluar dan membelasahnya walaupun saya memohon mereka buat laporan polis jika suami saya ada buat perkara salah,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.

Fazilah yang sedang dalam pantang kerana baru sebulan melahirkan anak memberitahu, bukan saja kumpulan lelaki tersebut tidak mahu dengar rayuannya, malah seorang daripada mereka juga telah menendang perutnya.

Malah dakwanya lagi, beliau juga kebingungan apabila kumpulan lelaki itu tidak mahu berhenti membelasah suaminya walaupun budak perempuan yang mendakwa menjadi mangsa intai yang turut bersama kumpulan berkenaan memberitahu, suaminya bukan lelaki yang melakukan perbuatan tersebut.

Katanya, kumpulan lelaki itu hanya meninggalkan suaminya selepas mereka melihat keadaan- nya sudah tidak bermaya.

Ujar Fazilah, Hatib kemudian- nya dibawa ke balai polis oleh anggota polis untuk membuat laporan mengenai kejadian yang menimpanya sebelum dihantar ke hospital.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47