NEGARA
Orang Jeli gempar hujan air batu

JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.
Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.
Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.
Selain hujan, ia diiringi ribut kencang sehingga menyebabkan atap kira-kira 100 buah rumah termasuk masjid di diterbangkan angin dan mujur tidak ada sebarang kemalangan berlaku.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Ahad ke kampung tersebut mendapati hujan batu itu menjadi seakan-akan pesta kepada penduduk yang keluar beramai-ramai melihat ketulan ais yang bersepah-sepah di atas jalan raya dan rumah.
Malah ada pula antara mereka yang menganggap ia kejadian yang pelik dan bermula pada pukul 7.30 malam ramai yang menyimpan ketulan ais itu kerana dipercayai mampu menjadi penawar.
"Pelik semua orang tak takut malah ramai yang keluar rumah sibuk mengutip ketulan ais yang," ujar seorang penduduk, Muhammad Ismail Muhammad Kadir, 57, kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad memberitahu, pada mulanya dia sibuk memerhatikan zink rumah-rumah berdekatan dengannya diterbangkan angin kuat ketika kejadian.
![]() |
|
Antara ketulan-ketulan kecil air batu yang dikutip penduduk selepas hujan di Kampung Kulim, Jeli |
Tiba-tiba ujarnya, terdengar bunyi yang kuat daripada zink rumahnya seperti dibaling oleh batu dan selepas ribut mula reda, dia keluar untuk memeriksa keadaan itu.
"Terkejut juga nampak ketulan-ketulan ais yang ada sebesar penumbuk yang tak tahu datang dari mana dan nampak ada orang lain turut kutip benda yang sama," tambahnya.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.





Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


