NEGARA

Ketua Pendakwa Syarie tidak mengaku rasuah

Ketua Pendakwa Syarie tidak mengaku rasuah




IPOH - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Shahrunnazri Abdul Samad (gambar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat tuduhan rasuah berkaitan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis pada tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Shahrunnazri, 39, didakwa meminta suapan berjumlah RM5,000 sebagai dorongan tidak mendakwa anggota polis berkenaan, Mohamad Asri Bakar kira-kira pukul 11 pagi di Restoran Capati Medan Gopeng, No. 41 dan 43, Medan Gopeng 1, Ipoh.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 (a) (bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, Shahrunnazri didakwa mene- rima suapan daripada anggota polis itu berjumlah RM1,000 di Malayan Banking Berhad, No. 194-206, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, pukul 3.25 petang pada 1 Ogos 2007.

Bagi tuduhan ketiga, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis sama berjumlah RM2,000 di Malayan Banking Berhad, No. 57 & 59, Selasar Rokam 2, Taman Ipoh Jaya, Ipoh, kira-kira jam 11.30 pagi 13 Ogos 2007.

Manakala bagi tuduhan keempat, Shahrunnazri didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 juga daripada anggota polis berkenaan di Malayan Banking Berhad, No. 194-206, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, pukul 4.25 petang pada 25 September 2007.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16