NEGARA
Setem unik mahu dijual RM1.5j

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, sekeping setem keluaran 1967 dan dulunya hanya berharga 15 sen kini mahu dijual RM1.5 juta.
Setem itu juga dianggap unik di Malaysia kerana tidak mempunyai tanda harga.
Pemiliknya, Mubarak Ali O.A Rajak, 56, berkata, beliau berhasrat membuka tawaran menjual setem tersebut kepada individu atau mana-mana badan korporat yang berminat.
Menurutnya, berdasarkan penelitian daripada beberapa pihak termasuk daripada pihak Muzium Negara, Arkib Negara dan Pos Malaysia, nilai setem yang berusia 41 tahun itu kini semakin tinggi dan dianggarkan mencecah hingga RM5 juta.
Bagaimanapun beliau berhasrat menjual setem itu pada harga yang jauh lebih rendah berbanding anggaran asal dengan harapan setem tersebut tidak 'terkeluar' dari negara ini.

"Setem ini merupakan salah satu khazanah dan warisan negara ini kerana ia digunakan sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang keempat,'' katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Beliau mendakwa memperoleh setem itu ketika bapanya yang merupakan seorang peniaga menerima sepucuk surat dari Bank Standard Chartered dan mendapati setem itu tidak mempunyai tanda harga.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat membeli setem unik itu boleh menghubunginya di talian 012-3366786.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


