HIBURAN
Pernah pinjam ceti

BENARLAH perkahwinan itu satu perjudian, untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Bahkan kadang-kadang, mendengar kata hati itu lebih ‘benar’ daripada kita asyik mendengar kata orang.
Biarpun terlalu awal untuk memutuskan sebuah kesimpulan tetapi itulah perkara pertama yang singgah di fikiran saya ketika melangkah keluar dari syurga ciptaan Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail, di atas bukit Melawati ini.
Terbit juga satu perasaan, alangkah indahnya dunia ini, jika semua kesungguhan, ketulusan dan keikhlasan yang ada dalam diri, diberikan anugerah sebesar apa yang sedang dinikmati oleh Yusof sekeluarga.
![]() |
|
HARI ini yang dicari hanya cinta yang bahagia untuk bekalan dunia dan akhirat. |
Ketika ikatan Yusof dan Fatimah hendak dimeterai dulu, pandangan skeptikal masyarakat terhadap anak wayang masih menebal.
![]() |
|
HARI ini yang dicari hanya cinta yang bahagia untuk bekalan dunia dan akhirat. |
Tetapi pokok-pangkalnya, dari hati sendiri. Yusof dan Fatimah tidak terkecuali. Percaya bahawa ruang bumi ini luas untuk menggali rezeki, mereka berkahwin walaupun ketika itu Yusuf masih tiada apa yang hendak dibanggakan.
“Masa itu saya berumur 27, dia pula 26 tahun. Saya bukannya popular sangat pun, ala-ala saja. Tak sampai pun taraf macam Rosyam Nor sekarang,” beritahu Yusof berseloroh.
Dikelilingi wanita cantik, model serta pelakon-pelakon jelita, tetapi Yusuf tertarik kepada Fatimah dek keprihatinan dan keluhuran budi yang ditunjukkan.
“Saya hairan juga, kenapa dia pilih saya. Jadi saya tanya dia, kenapa nak kahwin dengan saya, dia kata, ‘saya nak cari isteri, bukan nak cari awek’.
“Itu salah-satu sebab saya terpikat dengan dia selain sifat-sifat penyayang dan ambil berat yang ditunjukkan,” kata Fatimah mengimbau kisah lama.
Menurut pasangan ini, mereka buat pertama kali dipertemukan di padang bola. Ketika itu, majikan tempat Fatimah bekerja mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan yang disertai oleh artis-artis tempatan.
Sesungguhnya, tiada kesenangan yang datang bergolek. Apa yang dikecapi Yusof dan isteri hari ini, adalah balasan duniawi terhadap jerih-perih yang dilalui mereka selama hampir 25 tahun lalu.
![]() |
|
GAMBAR perkahwinan Yusof dan Fatimah menghiasi ruang tamu mahligai indah mereka. |
“Bukan senang hendak senang,” terluah satu perkataan keramat dari bibir ibu kepada empat cahayamata ini tenang.
Cinta di padang bola
Sambil merenung jauh dan menelan lebihan ayat yang ingin disampaikan, Fatimah menyusun kata, satu demi satu.
“Payahnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau zaman sekarang orang berhutang dengan along, dulu kita berhutang dengan ceti. Ketika Yusof hendak menerbitkan filem pertama dulu (Bayangan Maut), kami pernah meminjam wang daripada ceti.
“Sampai sanggup gadaikan surat beranak anak, sebagai cagaran. Kami akur sebab tiada cara lain. Tapi Allhamdulillah, filem itu berjaya. Dapat bayar hutang ceti dan barulah dapat ambil balik surat beranak anak,” cerita Fatimah.
![]() |
|
DUNIA orang muda yang sentiasa basah dalam kenangan. |
Seingat Fatimah, Yusof seorang yang berpandangan jauh dan tidak mahu statik dengan tahap hidupnya.
“Dia pernah cakap pada saya, ‘sampai bila saya mahu jadi pelakon, galas baju ke sana ke mari’. Walaupun sibuk dengan urusan di restoran (Restoran Haslam), tapi fokusnya pada drama dan filem tidak pernah pudar. Dia nak terbitkan drama dan filem sendiri, itu yang saya kagum dengan dia. Dan sebagai isteri, saya selalu menyokongnya,” beritahu Fatimah yang awalnya juga terpaksa meminjam daripada ahli keluarga yang lain demi menjadikan impian suaminya satu kenyataan.
Gelombang ‘perang sabil’
Sudah nama pun hidup sebagai suami isteri, tidak banyak, secubit pun pasti ada gelombang yang datang.
Dan yang paling dahsyat, gelombang itu hampir-hampir memusnahkan tugu cinta yang telah mereka bina bersama pertengahan tahun 90-an.
![]() |
|
|
“Saya anggap itu ‘perang sabil’ dalam hubungan kami suami isteri. Saya pernah merajuk, keluar rumah selama sebulan, tinggalkan anak-anak dan bawa diri sampai ke Thailand.
“Banyak benda yang saya belajar dari peristiwa itu. Saya pergi belajar agama dan jumpa perkara yang saya tak sangka. Masalah saya dan suami jadi kecil bila bandingkan dengan apa yang saya tengok depan mata sendiri,” cerita Fatimah tanpa berselindung.
Ibarat buang yang keruh ambil yang jernih, sekembalinya dari daerah pelarian, ada rahmat besar yang menanti. Mereka menghitung semula titik-titik hitam yang dilalui dan nekad membina hidup baru dan Tanah Suci Mekah dipilih sebagai tempat merapat cinta.
“Kalau bolehlah, saya tak mahu kisah ini dipanjangkan, cukuplah. Saya sudah maafkan sesiapa sahaja yang buat angkara.” kata Fatimah.
Dan bagi Yusof pula di usia mencecah 54 tahun jalan hidupnya perlu lurus ke depan.
“Dah tak ada lencongan lagi,” kata Yusof yang semakin selesa apabila legasi seninya sudah menemui pewaris.
Sungguhpun kisah mahligai yang tersergam indah dan pemilik nama gah, Datuk Yusof Haslam, jutawan perfileman Malaya ini sudah acap kali bertamu di mata kalian, mengunjunginya sendiri memberikan erti berbeza.
Teguhnya Darul Haslam ini sebenarnya lambang ke
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.







Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


