NEGARA
Usaha pulihkan Azreen

KUALA LUMPUR - "Azreen masih keliru''.
Itulah kata pakar kaunseling dari Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, Ibu Yuni selepas dua hari cuba mendekati dan memahami perasaan Azreen atau nama sebenarnya Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12.
"Dia seperti menyimpan sesuatu yang mendorongnya datang ke Indonesia.
"Saya baru dua hari ditugaskan mendampinginya untuk mendapatkan cerita sebenar, jadi masih belum banyak lagi yang didedahkan oleh anak gadis itu,'' katanya ketika dihubungi di Lombok malam tadi.
Menurut Ibu Yuni, sebelum ini, Azreen sukar diajak berbual tetapi kini telah ada perubahan, malah gadis itu sedia bergambar.
"Kami sedang berusaha untuk memulihkan semangatnya sementara menunggu bapanya tiba dari Malaysia minggu depan,'' katanya.
Sementara itu, wakil pertubuhan sukarela Migrant CARE yang beribu pejabat di Malaysia, Alex Ong ketika dihubungi berkata, tujuan Azreen diberi kaunseling ialah untuk membentuk keyakinan diri setelah empat bulan berjauhan dari keluarga.
"Sejak kami menemuinya 4 April lalu, kami cuba juga mendekatinya secara lembut memandangkan dia masih muda.
"Dia nampak sedih dan terkejut dengan kedatangan kami ketika itu tetapi masih lagi enggan bercerita,'' katanya.
Tambahnya, khidmat kaunseling digunakan kerana Azreen seperti memendam rasa.
"Kami harap, kehadiran bapanya kelak akan merungkai segala rahsia yang disimpan oleh anak kecil ini.
"Mungkin juga dia takut dihukum kerana lari ke Indonesia," katanya.
Kosmo! pada 26 Disember tahun lalu menyiarkan kisah Azreen yang hilang dari kediamannya di Ladang Ulu Sawah Rantau, Negeri Sembilan selepas melawat rumah kawannya di taman berdekatan.
Dia ditemui oleh pertubuhan sukarela Migrant CARE di Sakra, Lombok Timur dan kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


