NEGARA

Caj RM25 ke masjid tidak benar

Caj RM25 ke masjid tidak benar

Dakwaan masuk Masjid Kristal kena bayar mengarut


Masjid Kristal yang tersergam indah di Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU - Tiada bayaran sebanyak RM25 dikenakan kepada pengunjung yang mahu bersembahyang di Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini.

Demikian jelas Pengurus Projek TTI, Engku Azmi Abd. Rahman ketika mengulas khabar angin kononnya orang ramai yang mahu ke masjid tersebut akan dikenakan bayaran masuk.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut, beliau berkata, tidak ada mana-mana masjid di dunia yang mengenakan bayaran untuk bersembahyang.

Bagaimanapun ujarnya, pengunjung mungkin dikenakan caj untuk masuk ke kawasan yang menempatkan 21 buah monumen binaan Islam dan bukannya ke Masjid Kristal.

Katanya, ini boleh dilakukan kerana kesemua monumen berkenaan berada di dalam kawasan berpagar yang terletak berasingan dari lokasi masjid.

"Itu pun kalau kerajaan negeri mahu mengenakan bayaran, tapi tak mungkin sampai RM25. Bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang kata putus mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang disebarkan kepada orang ramai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai baya- ran masuk RM25 ke Masjid Kristal.

Masjid itu adalah tarikan utama di TTI yang terletak di atas Pulau Wan Man seluas 33 hektar dan menempat- kan 21 monumen keagungan seni bina Islam dari seluruh dunia.

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16