NEGARA

Hakim Syarie hadapi tuduhan tambahan

Hakim Syarie hadapi tuduhan tambahan

IPOH - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini menghadapi lima pertuduhan rasuah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan tambahan.

Basuri @ Hassan Basri Markum @ Shafie, 54, yang bertugas sebagai Hakim Syarie dalam pertuduhan tambahan pertama didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada Yoong Hor Kit melalui Sharif Abdul Ghani sebagai dorongan untuk meringankan hukuman dan wang ikat jamin berhubung kes jenayah.


BASURI berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam atas tuduhan rasuah.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bangunan Persatuan Menembak Perak di Jalan Dr. Raja Nazrin Shah di sini pukul 8.30 malam pada 7 Ogos 2006.

Dalam pertuduhan tambahan kedua pula, Basir didakwa menerima wang suapan berjumlah RM10,000 daripada orang sama bagi tujuan meringankan hukuman kes jenayah dan mendapat semula wang ikat jamin.

Basuri dituduh melakukan perbuatan itu pada pukul 11.30 malam pada 9 Ogos 2006 di tempat yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama bagi kes pertama.

Bagi tuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman di bawah Seksyen 16 di bawah akta yang sama.

Dengan dua pertuduhan tambahan itu, tertuduh secara keseluruhan berhadapan dengan tujuh kes menerima rasuah di mahkamah sama.

Pada 30 November lalu, tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah yang sama atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September lalu.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan perbicaraan kes tersebut pada 16 dan 17 Jun.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31