NEGARA

Kosmetik perosak kulit

Kosmetik perosak kulit


SEORANG kakitangan penguat kuasa meneliti produk kecantikan haram yang dirampas semalam.



PELABUHAN KLANG - Tidak ada sesiapa menyedari sejak dua tahun lalu ada sebuah syarikat kosmetik terkenal dalam diam-diam mengimport produk-produk kecantikan terlarang dari Indonesia dan China untuk dibungkus semula di sini sebelum dijual menggunakan jenamanya sendiri.

Akibatnya, pelanggan bukan sahaja ditipu dengan produk palsu tetapi juga antara lain mengandungi bahan memproses filem, hidrokuinon yang boleh mengakibatkan risiko kulit kemerah-merahan, bertompok-tompok dan mengelupas, malah lebih teruk lagi kanser kulit.

Antara produk mereka ialah krim malam, krim pencerah, krim rawatan kulit serta lulur herba.

Namun, kegiatan pengusaha terbabit terbongkar juga apabila sepasukan 10 anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor menyerbu kilangnya pembungkusannya di sini semalam dengan merampas pelbagai produk kecantikan bernilai lebih RM35,000.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, semua jenama produk kecantikan yang diharamkan itu ditemui dalam beberapa kabinet di makmal kilang itu.

Jelasnya, pengusaha terbabit dipercayai membotolkan semula 100 peratus produk yang diimport tanpa izin syarikat pengeluar asal, satu lagi tindakan yang menyalahi peraturan Kementerian Kesihatan.

"Produk itu diharamkan penggunaannya di negara ini kerana boleh memudaratkan kulit," katanya.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Akta Racun 1952 yang mengenakan penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami akan terus jalankan pemeriksaan dan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan ini,' ujarnya yang turut berharap orang ramai menyalurkan maklumat menerusi laman web, www.pharmacy.gov.my.

Rencana Utama!»

Memori tulisan jawi atas duit

BEBERAPA helai duit kertas RM2 dan RM10 yang masih bercantum dihadiahkan kepada Sulaiman oleh Bank Negara Malaysia sebagai cenderahati.

Jom Singgah!»

Gunung tempat tinggal roh

SEHINGGA kini, Gunung Gangkhar Puensum masih kekal sebagai gunung yang tidak akan didaki

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32