RENCANA UTAMA

Pelaburan masa depan

Pelaburan masa depan

Selepas sebulan menggunakan sistem solar, pasangan suami isteri Hishamuddin dan Sakinah cukup teruja apabila mendapati bil elektrik mereka menunjukkan pengurangan sehingga RM150 sebulan. Kini, mereka tidak sabar melihat bil yang seterusnya.


SAKINAH dan Hishamuddin memilih untuk memasang 40 modul sel PV pada bumbung utama dan anjung rumahnya.


Namun pada waktu itu, Malaysia belum mempunyai pakar atau teknologi untuk merealisasikan impiannya. Aplikasi yang ada pula melibatkan kos yang terlalu tinggi iaitu RM150,000 dan disifatkan tidak berbaloi terutamanya jika ia hendak digunakan untuk kolam renang semata-mata.

"Saya sering mengikuti perkembangan teknologi, terutamanya yang dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

"Daripada pendedahan itu, saya berpendapat sistem solar adalah teknologi yang amat bertepatan dengan Malaysia kerana kita mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun, terutama kerana kedudukannya di garisan Khatulistiwa," kata bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.

Menggabungkan latar belakangnya dalam bidang sains dan suami, Hishamuddin Ubaidulla dalam ekonomi, mereka bersetuju bahawa perlu wujud penjimatan tenaga elektrik kerana hampir kesemua gajet atau peralatan yang dicipta pada hari ini beroperasi berlandaskan tenaga.

Kediaman Sakinah di Bangsar, Kuala Lumpur, yang dihuni oleh tujuh orang, dilengkapi dengan tujuh pendingin hawa, mesin basuh, ketuhar gelombang, peti ais, mesin pengering rambut, komputer dan mesin senaman.

"Sayangnya pada masa itu Malaysia masih ketinggalan dalam pembangunan teknologi ini," ujar pemegang sarjana dalam kejuruteraan mikroelektronik ini.

Sebagai langkah sampingan, pasangan ini menukar mentol-mentol dalam rumah itu dengan mentol jimat tenaga dan mempertimbangkan beberapa langkah yang dapat mengurangkan penggunaan pendingin hawa serta kelengkapan elektronik yang lain.

SEJAK sedekad lalu, Sakinah Farikhullah Khan, sudah terfikir untuk menggunakan teknologi sel solar untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan kolam renang di rumahnya memandangkan kemudahan itu meliputi sebahagian besar daripada jumlah bil elektriknya.

Namun, mereka tidak terus meluputkan impian untuk memasang sel solar. Sebaliknya, mereka tidak henti mengikuti perkembangan dan pembangunan teknologi yang berkaitan sumber tenaga sama ada dengan membaca majalah, akhbar atau Internet.

"Pada November 2006, kami terbaca dalam akhbar iklan tender tentang program Suria 1000, yang dikelolakan melalui Projek Fotovoltaik Berintegrasi Bangunan Malaysia (MBIPV) di bawah Pusat Tenaga Malaysia (PTM).

"Mereka menyenaraikan lapan syarikat yang menawarkan perkhidmatan memasang modul itu. Jadi kami memilih sebuah syarikat yang berpejabat di Bangi, IPST Sdn. Bhd.," ujar Hishamuddin yang teruja dengan penemuan itu.


BACAAN tenaga yang berjaya dijana direkodkan dalam bentuk digital.


Suria 1000 iaitu sistem solar bergrid, di mana tenaga elektrik yang dihasil dan disambung terus kepada sumber tenaga elektrik utama, iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), ditawarkan kepada awam melalui program insentif kewangan berasaskan modal menggunakan kaedah lelong. Bermula Disember 2006, ia ditawarkan setiap enam bulan.

Mereka yang mendapatkan bantuan subsidi kerajaan yang paling sedikit untuk sistem ini akan diberi pemasangan teknologi itu terlebih dulu.

Pasangan ini berjaya mendapat pemasangan Suria 1000 dalam pusingan pertama dengan subsidi hanya 50 peratus untuk 40 modul sel fotovoltaik 4.8 kilowatt.

"Ia dipasang secara berperingkat bermula Disember tahun lalu dan siap beroperasi pada minggu ketiga Januari 2008. Selepas sebulan beroperasi, bil elektrik kami menunjukkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik sehingga lebih RM150 sebulan.

"Ia satu penemuan yang mengujakan dan kami tidak sabar untuk melihat bil yang seterusnya," tambah Hishamuddin yang memerhatikan penyerapan dan penukaran tenaga solar kepada tenaga elektrik pada alat inverter yang terpasang di rumah mereka antara pukul 7 pagi hingga pukul 7 malam.

Percaya bahawa perkembangan teknologi akan dapat menemukan kaedah mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik pada kadar yang lebih baik suatu hari nanti, Hishamuddin menyasarkan agar rumahnya tidak lagi perlu mengharapkan tenaga elektrik yang dijana menggunakan air atau fosil pada masa depan.

Malah modul sel fotovoltaik ini tidak melibatkan sebarang pergerakan yang memerlukan penyelenggaraan yang konsisten. Pemasangan kepingan sel solar/fotovoltaik (PV) pada bumbung rumah utama dan anjungnya yang jelas kelihatan dari kejauhan telah menarik minat banyak pihak.

"Memang ada jiran-jiran yang bertanya, tetapi mereka kemudiannya seperti tawar hati apabila kami menyebut tentang kos permulaan untuk memasangnya.


KOLAM renang ini turut dijana tenaga solar.


"Kami juga pernah berfikir begitu tetapi apabila memikirkan sumber tenaga solar percuma dan tidak pernah habis, kami memutuskan untuk meneruskan hasrat kami.

"Orang ramai perlu faham, dengan lebih banyak pengguna, kelak harga untuk sistem ini akan menjadi lebih murah. Ia satu pelaburan yang menjamin kehidupan yang lebih baik," kata Sakinah.

Melihat usaha seperti ini selalunya diambil serius oleh masyarakat Barat, Sakinah amat berharap agar orang ramai menebarkan perspektif mereka terhadap teknologi ini dengan lebih meluas.

"Teknologi ini bukan saja dapat membantu kita menjimatkan penggunaan tenaga yang dijana daripada sumber yang sukar atau tidak dapat diperbaharui seperti fosil, malah sifatnya yang tidak membebaskan asap atau bunyi juga dapat membantu kita hidup dalam persekitaran yang lebih sihat," kata Sakinah.

Memetik kata ketua projek MBIPV, Ir. Ahmad Hadri Haris, mengenai projek MBIPV itu beliau berkata, sumbangan pembida bukanlah satu-satunya faktor yang membawa kepada kejayaan Suria 1000 sehingga kini, tetapi ia turut berlandaskan kepada program pembidaan yang berjaya menurunkan harga sistem PV bergrid ini.

"Dalam bidaan pertama, harga sistem PV jatuh sebanyak 6.7 peratus, manakala dalam bidaan kedua, penurunan harga mencecah 10.3 peratus berbanding harga yang disasarkan," kata Ahmad Hadri.

Infiniti!»

Terbang, rakam dan analisis imej

PELAJAR UTM (dua dari kiri) menerangkan bagaimana UAV dikawal menggunakan perisian khas dari paparan skrin komputer.

Varia!»

Belia Islam Belgium kunjungi Terengganu

TERUJA. Ahli-ahli belia islam Belgium tidak ketinggalan mencuba memainkan alat muzik tradisional

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16