GARAJ

Pelepasan asap kenderaan

Pelepasan asap kenderaan




ASAP dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi. Pelepasan gas ini adalah salah satu penyebab kepada pemanasan global yang sedang kita hadapi kini. Pelepasan asap hitam kenderaan yang berlebihan adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

Kenderaan uzur:

Kebanyakan komponen-komponen bahagian dalam enjin telah haus dan perlu diganti baru mengikut jangka hayat yang ditetapkan oleh pengilang. Gegelang omboh dan silinder yang haus menyebabkan minyak enjin masuk ke ruang pembakaran lalu menyebabkan ia terbakar seterusnya mengeluarkan asap yang berlebihan.

Servis dan penyelenggaraan yang tidak sempurna:

* Penukaran minyak enjin dan penapis yang tidak mengikut jadual.

* Penukaran pembersih udara yang tidak mengikut jadual juga akan menyebabkan ia tersumbat dan menyebabkan enjin kekurangan udara atau oksigen untuk pembakaran.

* Fuel pump yang kotor dan komponen bahagian dalam yang haus bagi kenderaan berenjin diesel. Fungsi fuel pump ialah untuk menghantar bahan api pada masa tertentu dan pada tekanan tinggi ke injektor dan seterusnya ke ruang pembakaran.

* Pemancutan minyak diesel dari injector nozzle yang tidak sempurna.

* Pelarasan enjin yang tidak betul. Contohnya, nisbah bahan api/udara yang tinggi boleh menyebabkan pelepasan asap yang berlebihan.

Muatan berlebihan :

Bagi setiap kenderaan, had berat muatan telah ditentukan mengikut kuasa kuda enjin. Membawa beban muatan yang berlebihan boleh menjejaskan prestasi enjin kenderaan dan menyumbang kepada kadar pelepasan asap berlebihan.

Pembinaan bentuk enjin diesel dan petrol terdapat perbezaan tetapi mekanismanya adalah sama. Bahagian-bahagian seperti crankshaft, valves, camshaft, piston, silinder dan sistem pelinciran adalah sama.

Perbezaan antara kedua-dua jenis enjin ialah pada bahagian bahan bakar. Bagi enjin diesel hanya udara dimampatkan di ruang pembakaran menyebabkan suhu meningkat. Bahan api dipancutkan dari nozzle ke dalam silinder pada ketika piston dalam langkah terakhir untuk pusingan compression stroke lalu menyebabkan bahan api terbakar dengan sendiri.

Manakala, enjin petrol pula dibakar dengan bantuan api dari palam puncucuh atau spark plug.

Enjin diesel lebih mahal berbanding enjin petrol. Namun kuasa yang dijana melaluinya berbaloi oleh sebab kos bahan api yang rendah dan ketahanan enjin untuk beban berat yang ditanggung. Beberapa faktor telah dilaksanakan untuk mengawal keluaran asap dari kenderaan seperti bentuk enjin dan komponen di dalamnya.

Tip mengawal asap hitam:

1. Pastikan kenderaan diservis mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Sebagai contoh, pada setiap 10,000km perjalanan, tukar minyak pelincir, penapis dan penapis bahan api.

2. Servis dan tentukuran fuel pump dan injector nozzle. Bagi kenderaan berenjin diesel, lubang nozzle adalah sangat halus. Oleh itu, sentiasa pastikan ia tidak tersumbat. Jika tersumbat, pancutan minyak diesel tidak berlaku dengan sempurna dan pembakaran tidak terjadi seratus peratus. Partikal karbon yang terbentuk boleh merembeskan asap hitam keluar dari kenderaan.

3. Saringan udara memainkan peranan penting untuk menentukan udara bersih dan tiada partikal luaran memasuki ruang pembakaran. Kemasukan unsur-unsur ini akan mempercepatkan kehausan komponen enjin. Sila tukar mengikut manual kenderaan anda.

4. Menambah bahan additive ke dalam bahan api kenderaan dapat mengurangkan asap hitam.

Mengikut undang-undang negara, kadar pelepasan asap bagi enjin diesel tidak melebihi 50 peratus Hartridge Smoke Unit (HSU). Bagi enjin petrol, pelepasan asap yang dibenarkan adalah di bawah 800 p.p.m. (part per million) bagi hidrokarbon (HC) dan 4.5 peratus ke bawah bagi gas karbon monoksida.

Mulakan hari ini dengan mengetahui kadar pelepasan asap dari kenderaan anda dengan membawa kereta anda ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh negara.

Peralatan ujian asap Puspakom diiktiraf oleh SIRIM dan dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar.

Kenali kenderaan anda kerana keselamatan bermula di sini! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.puspakom.com.my atau 1 800 88 6927.




Varia!»

Kumpul wang terbit novel

Novel cinta sangat sinonim dengan kaum wanita sama ada pembaca atau penulis.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31