HIBURAN

Candy AF dengan Yazer pulak ke?

Candy AF dengan Yazer pulak ke?




ITULAH yang tersampai ke telinga Marilyn. Kisah cinta lagi. Tetapi apa lagi yang boleh Marilyn tulis tentang sebahagian artis kita, kalau bukan tentang kisah cinta?

Dulu katanya cinta si rockers Akademi Fantasia (AF3), Yazir tertumpah kepada rakannya dalam AF3 juga, Ikin.

Tetapi dengarnya sekarang cinta itu sudah putus. Menggelupur di tengah jalan, belum sempat mencari haluan.

Entah apa sebabnya Yazer dan Ikin mengucapkan selamat jalan kepada cinta mereka yang beberapa tahun saja sempat terbina.

Tapi kecewa tak lama. Tup-tup dengarnya, Yazer sudah menyambung semula cintanya kepada seorang lagi artis produk AF, Candy.


YAZER dan Candy


Sekarang ke mana-mana saja berdua bersama. Jadi sebab itulah orang kata mereka ini pasangan yang sedang bercinta bagai nak rak.

Kawan-kawan artis pun ada yang sampaikan pada Marilyn, kononnya mereka memang selalu kelihatan bersama.

Tunggulah Marilyn jumpa adik-adik ni. Tanya terus, lagi senang cerita. Tetapi biasalah, sudah agak jawapan yang bakal terpancul dari mulut mereka.

Hanya kawan, kawan biasa saja, tak serius mana dan mana-macam lagi yang sewaktu dengannya.

Yang pastinya, kata sumber berkenaan mereka memang rapat dan saling memberi dorongan dan sokongan di antara satu sama lain dalam kerjaya.

Marilyn: Ada kawan kata kadang-kadang cinta monyet lebih membawa bahagia daripada cinta manusia. Macam mana tu?

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31