NEGARA
Gadis disamun, rogol sekumpulan lelaki

BUKIT MERTAJAM - Sepasang kekasih yang dalam perjalanan dari sini ke Kulim, Kedah terkejut apabila motosikal yang mereka naiki ditahan sekumpulan lima lelaki ketika tiba di Ara Kuda, Kubang Semang.
Dalam kejadian pukul 3.40 pagi kelmarin, pasangan yang berusia 18 dan 20 tahun itu kemudiannya dibawa ke sebuah kedai tuak tidak jauh dari situ bukan sahaja disamun, malah turut dibogelkan.
Selepas itu, pasangan itu dipaksa melakukan adegan seks sambil gambar mereka dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh kumpulan lelaki itu.
Tidak berakhir di situ, si wanita malang itu kemudiannya dilarikan kumpulan lelaki terbabit ke Kulim dengan menaiki sebuah kenderaan sebelum diperkosa pula oleh empat lelaki daripada lima lelaki tersebut di dua tempat berasingan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Mohamad Anil Shah Abdullah berkata, si lelaki yang ditinggalkan kumpulan tersebut selepas dibelasah kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Kubang Semang, di sini.
Menurut beliau, polis yang melancarkan operasi dapat menahan 10 lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah itu pada pukul 5 pagi hari sama dan menyelamatkan wanita tersebut di Lunas, Kulim.
Kesemua suspek berusia 20 hingga 45 tahun kini ditahan reman sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan.
Pasangan tersebut juga kehilangan telefon bimbit mereka dan kesemua dokumen penting.
Mohamad Anil berkata, berdasarkan siasatan, suspek-suspek terbabit ada antara mereka bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, pekerja kontrak dan peniaga.
Dalam pada itu, tambah beliau, polis kini memburu dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
Varia!»

JUM-P rawat masalah hati
ABDUL MALEK menunjukkan produk keluaran syarikatnya.



Spa batuan sungai
Karya kreatif di alam maya
Awasi bengkak keras


