NEGARA

Pakar akui gejala gugur janin kian berleluasa

Pakar akui gejala gugur janin kian berleluasa

KUALA LUMPUR – Aktiviti ‘mencuci’ janin tanpa mendapatkan nasihat doktor diakui memang wujud dan berleluasa khususnya membabitkan remaja wanita.

Malah menurut mereka, aktiviti berisiko itu telah wujud sekian lama tetapi yang berbeza hanyalah pendekatan yang digunakan untuk menggugurkan kandungan.

Pakar Sakit Puan, Dr. Mohd. Ismail Thamby ketika dihubungi mengesahkan menyedari ‘barah’ sosial itu yang kian merebak di kalangan golongan gadis remaja.

“Saya mengakui memang menyedari aktiviti menggugurkan kandungan tanpa merujuk kepada pengamal perubatan bertauliah ini,” katanya.

Menurut Mohd. Ismail, pengambilan ubat tertentu untuk tujuan itu kini lebih popular berbanding kaedah ‘kuno’ yang digunakan dalam masyarakat sebelum ini.

Katanya, dahulu wanita yang menyedari diri mereka mengandung melakukan pelbagai cara antaranya makan buah nanas dalam kuantiti yang banyak kerana percaya nanas ‘tajam’ dan mampu menyebabkan keguguran.

Selain itu, tambah beliau lagi, masyarakat Melayu sendiri percaya pengambilan herba tertentu atau jamu yang berintisari ’panas’ mampu membawa kejayaan proses keguguran.

“Walaupun mampu menyebabkan keguguran, semua ini bukan kaedah yang sepatutnya dan sudah pasti risikonya terlalu tinggi seperti radang pada rahim, kehilangan darah selain boleh mengundang maut,” hurainya.

Sementara itu, Pakar Sakit Puan Jabatan Perbidanan Sakit Puan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj turut mengakui kegiatan itu.

Menurutnya, pada zaman dunia tanpa sempadan ketika ini, pelbagai ubat untuk tujuan menggugurkan janin boleh diperoleh dengan mudah.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut, Haslina memberitahu, pengamal-pengamal perubatan sepatutnya mempunyai integriti dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan.

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31