DUNIA

Dubai dilanda hujan lebat

Dubai dilanda hujan lebat


SEJUMLAH kenderaan terperangkap dalam kesesakan jalan raya berikutan hujan lebat di Dubai.- AFP


DUBAI Hujan lebat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyebabkan beberapa buah sekolah terpaksa ditutup semalam dan keadaan lalu lintas dilaporkan sesak termasuk di negara jiran Arab Saudi dan Kuwait.

Berikutan cuaca buruk itu, Kementerian Pelajaran telah mengarahkan kesemua pelajar sekolah di Dubai diberi cuti selama dua hari bermula semalam.

Walaupun hujan lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari lalu dan menjejaskan lalu lintas, ia dianggap sebagai rahmat termasuk di beberapa negara padang pasir lain yang kaya dengan sumber minyak.

Menurut polis Dubai, sebanyak 584 kemalangan berlaku.

Akhbar Al-Ittihad memberitahu lebih 1,307 kemalangan dilaporkan dan lima orang awam terbunuh disebabkan hujan lebat.

Hujan lebat yang turun di Qatar hampir seminggu lalu, mencatatkan penurunan suhu luar biasa iaitu serendah tujuh darjah Celcius.

Selain hujan, salji turut dilaporkan turun di beberapa wilayah utara Arab Saudi, beberapa hari lepas dan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan meninggal dunia selepas suhu badannya menurun dengan tiba-tiba.

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengarahkan bekalan makanan dan selimut dihantar untuk mangsa yang terjejas akibat suhu sejuk. - AFP

Process time in ms: 47