NEGARA

'Saya nak jumpa'

'Saya nak jumpa'


Suspek


PETALING JAYA – “Jika benar lelaki yang ditangkap itu terlibat, saya mahu berjumpa dengan dia.’’
Itulah reaksi spontan Jazimin Abd. Jalil, 34, ketika ditanya berhubung penahanan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan mengenai kes pembunuhan anak keduanya, Nurin Jazlin, 8.

Dia yang ditemui di rumah Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak Rabu lalu di sini semalam memberitahu, beliau dan isterinya hanya mengetahui tangkapan terbaru itu oleh wartawan yang menghubunginya.

Dia yang datang memberi sokongan moral kepada ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussin, 29, dan Suraya Ahmad, 28, sejak Jumaat lalu bagaimanapun berkata, beliau belum dimaklumkan polis berhubung penahanan lelaki berusia 32 tahun itu.

“Seperti dijanjikan, jika betul ada penahanan berkaitan kes Nurin Jazlin, saya ingin berjumpa dan ‘berkenalan’ dengan lelaki terbabit,” katanya.


BAPA Sharlinie, Mohd. Nashar (kiri) menerangkan sesuatu kepada Jazimin di Taman Medan, Petaling Jaya semalam.


Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju di sini.

Selepas 27 hari Nurin Jazlin hilang, mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah premis di Petaling Jaya.

Turut bersama Jazimin adalah isterinya, Norazian Bistaman, 36, serta tiga orang anaknya, Nurin Jashira, 11, Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazlisa, 2.

Berikutan itu, Jazimin memberitahu, dia menyerahkan siasatan sepenuhnya mengenai kes anaknya kepada polis.

Sementara itu, Norazian yang masih bersedih dengan kehilangan anak keduanya itu tidak mahu mengulas mengenai penahanan tersebut.

Apa yang diluahkan Norazian, “biarlah polis siasat.”

Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri

ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 46