SUKAN

Catur buru dua pingat emas

Catur buru dua pingat emas

ATLET Orang Kurang Upaya (OKU) menyasarkan dua pingat emas bagi acara catur pada Sukan Para Asean IV di Korat, Thailand yang dijadualkan berlangsung 17 Januari ini.

Presiden KL Braille Resources, Mah Hassan Omar berkata, Malaysia akan menghantar tiga pasukan dalam usaha merealisasikan sasaran tersebut.

“Antara peserta yang akan mewakili negara pada temasya itu nanti ialah Ho Hea King, Hasidin Abdul Rashid, Shaharudin Sidek, Moira Mukri dan saya sendiri,” katanya ketika ditemui pada Program Catur Braille yang diadakan julung kalinya semalam sempena Hari Braille Sedunia yang disambut setiap 4 Januari di seluruh dunia.

Menurutnya, permainan Catur Braille mempunyai keunikan yang tersendiri di mana semua peserta akan bermain catur secara menutup mata dan hanya papan catur Braille digunakan.

“Tujuan program ini ialah memberi pengalaman baru kepada orang ramai untuk melihat sendiri bagaimana sulitnya orang cacat penglihatan menjalani kehidupan seharian mereka,” tambahnya.

Salah seorang atlet OKU negara, Mahathir Abd. Ghani, 42, menyuarakan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menghulur pelbagai sumbangan seperti kejurulatihan serta tempat latihan kepada OKU.

“Ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap golongan seperti kami yang turut mahu menjalani kehidupan seperti orang lain,” katanya.

Sebanyak lapan pingat emas ditawarkan dalam acara catur pada temasya ini nanti. – Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 47