NEGARA
Yuran tuala wanita pula
SUNGAI BULOH – Kalau di Johor, yuran tandas dikenakan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini pula mengenakan caj tuala wanita.
Percaya atau tidak, bayaran sebanyak RM26 setahun itu dikenakan dan ia termasuk di dalam caj keseluruhan yang berjumlah RM112.50 bagi setiap pelajar perempuan yang mendaftar bagi tingkatan satu.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan kehairanan, caj tuala wanita itu tidak disenaraikan dalam senarai pakej yang diberikan kepada ibu bapa sebelum itu.
Malah resit yuran tuala wanita itu juga diberi secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan yuran sekolah.
Seorang suri rumah, Rahimah Abnu Hajar, 37, berkata, bayaran itu hanya disedarinya ketika diminta oleh guru di sekolah terbabit ketika membuat bayaran pada hari pendaftaran anak keduanya di sekolah berkenaan, kelmarin.
“Saya berasa pelik apabila cikgu kata RM26 itu untuk tuala wanita sedangkan keperluan itu sememangnya disediakan oleh ibu atau pelajar sendiri.
“Saya tanya pula, tak akan selama setahun duit itu akan diguna untuk tuala wanita pelajar? Dia (guru) terdiam tidak tahu alasan apa yang patut diberi lagi,” katanya ketika ditemui KOSMO! di rumahnya di sini semalam.
Selain tuala wanita, Rahimah juga hairan dengan beberapa butiran yang terdapat pada senarai yuran yang diberi kepada untuk ibu bapa.
“Kami (ibu bapa) hanya tahu dalam senarai itu ada pakej A, B, atau C, tapi apa butiran dalam pakej itu kami tidak tahu dan sesetengah ibu bapa bayar banyak soal kerana malah memikirnya,” katanya.
Tidak mahu terus terkeliru, Rahimah akan membawa masalah itu ke mesyuarat PIBG tidak lama lagi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan yang dikenakan.
Varia!»

Kek cawan pada Aidilfitri
ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.




Tempayan penyeri ruang
SLE penyakit seribu wajah


