POLISI PRIVASI

1. Privasi Maklumat Peribadi

Kumpulan Utusan menghormati privasi setiap individu yang melibatkan data peribadi ("Maklumat Peribadi") dan komited untuk memelihara privasi para pelanggan kami (subscribers), peserta pertandingan kami, ahli-ahli dan rakan perniagaan kami ("kesemuanya dirujuk sebagai "Pengguna"), dan akan berusaha memberikan anda jaminan keselamatan simpanan. Polisi Privasi ini dirumuskan selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), yang menggariskan kaedah Maklumat Peribadi anda diambil dan digunakan, dan pilihan yang diberikan tentang Maklumat Peribadi. Berikut adalah amalan kami berkenaan dengan pengumpulan dan edaran maklumat tersebut.

a. Tujuan Maklumat Peribadi diambil
Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami secara sukarela akan diproses untuk tujuan berikut ("Tujuan")
  • Untuk melengkapkan transaksi perniagaan dengan anda, menguruskan dan mengesahkan keahlian skim kesetiaan (loyalty scheme) kami jika berkenaan;
  • Untuk memasarkan secara terus kepada anda;
  • Untuk memahami dan menganalisis keperluan dan keutamaan anda;
  • Untuk membangunkan, memperbaiki, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan selari dengan keperluan anda;
  • Agar anda dapat menyertai aktiviti promosi dan pertandingan yang kami anjurkan;
  • Agar pertukaran atau pulangan produk dapat dilakukan;
  • Agar kami dapat menghantar maklumat tentang produk terbaru kami kepada anda, sebarang berita dan acara-acara terkini, sebarang tawaran istimewa dan inisiatif Kumpulan Utusan, rakan niaga dan pengiklan kami;
  • Agar kami dapat berkongsi maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan kami bagi meningkatkan hubungan niaga dengan anda;
  • Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami; dan, untuk memberi maklum balas tentang aduan dan permintaan anda;
  • Untuk menguruskan, mengesahkan dan melengkapkan transaksi dan perjanjian dengan anda yang melibatkan hubungan niaga Kumpulan Utusan.


Walaupun perincian maklumat peribadi yang kami peroleh berbeza-beza berdasarkan tujuan yang spesifik (seperti pertandingan, forum, kaji selidik dan lain-lain) sama ada melalui online atau sebaliknya, berikut merupakan data peribadi yang kebiasaannya kami peroleh daripada atau berkenaan anda:

  • Nama;
  • Nama Syarikat (jika ada);
  • Jawatan/Pangkat (jika ada);
  • Alamat;
  • Nombor Telefon;
  • Faksimili (jika ada);
  • Tarikh lahir;
  • Alamat emel;
  • Jantina;
  • Nombor kad pengenalan atau nombor paspot


b. Penyimpanan dan Pengekalan Data
Maklumat peribadi anda akan disimpan di pejabat kami secara bercetak atau dalam pelayan data kami yang terletak di Malaysia dan akan diuruskan dan/atau digunakan oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami.

Sebarang maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami, akan kami simpan secara kekal selagi ia dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di (1a) di atas atau bagi memenuhi peraturan berkanun, keperluan perakaunan atau bagi melindungi kepentingan kami.

c. Perubahan ke atas Polisi Privasi
Kami berhak meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan. Kami ingin menasihatkan agar anda selalu menyemak Polisi Privasi ini.

2. KEBENARAN

Kumpulan Utusan ingin menggunakan maklumat peribadi anda hanya bagi tujuan yang sah dengan kebenaran anda.

Untuk pelanggan, kami dibenarkan untuk memperoleh, mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan semua maklumat peribadi yang membolehkan proses langganan dilakukan. Melalui langganan tersebut, anda telah memberikan kebenaran tersebut.

Untuk individiu lain, kami mungkin memperoleh maklumat peribadi anda semasa proses pendaftaran dan aktiviti perniagaan kami. Ia hanya akan digunakan untuk tujuan yang sah.

Untuk rakan sekutu/kongsi kami, kami dibenarkan untuk memperoleh, mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan semua maklumat peribadi anda bagi membolehkan kami menyediakan kontrak perjanjian atau menjalankan transaksi.

Kami hanya menyimpan maklumat peribadi untuk tempoh yang diperlukan sahaja bagi tujuan maklumat tersebut diambil. Kami mengekalkan simpanan maklumat tersebut selari dengan peraturan kami, prosedur dan prinsip selari dengan undang-undang yang berkaitan.

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pengedar kami (selalunya dirujuk sebagai pemproses data). "Pengedar" dalam konteks maklumat peribadi bermaksud mana-mana individu atau entiti (selain daripada pekerja Kumpulan Utusan) yang memproses maklumat peribadi bagi pihak kami. "Pemprosesan", dalam konteks maklumat peribadi bermaksud, contohnya mendapatkan, merekod, menyimpan atau menggunakan maklumat peribadi dalam operasi atau keseluruhan operasi melibatkan maklumat peribadi termasuk organisasi, kompilasi, pengeluaran maklumat yang didedahkan bagi tujuan pengesahan. Para pengedar ini akan menganggap maklumat peribadi anda sebagai rahsia, selari dengan semua undang-undang perlindungan data peribadi yang berkenaan dan akan memproses maklumat peribadi tersebut hanya bagi tujuan yang dinyatakan dalam terma-terma undang-undang tersebut.

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda jika kami memerlukan hanya bagi tujuan yang dikehendaki undang-undang atau keperluan pihak berkuasa.

Selain di atas, kami mungkin, dari semasa ke semasa menjalinkan usaha sama perniagaan dengan syarikat/organisasi luar yang terpilih (luar daripada Kumpulan Utusan) untuk berkongsi sebarang peluang dengan anda. Sekiranya terdapat peluang tersebut, kami akan memaklumkan anda dan sekiranya anda memutuskan untuk memberi kami maklumat peribadi anda, ia akan dikongsi bersama syarikat/organisasi yang terpilih tersebut dan kami hanya akan melakukannya dengan kebenaran anda terlebih dahulu.

Anda akan sentiasa diberikan peluang memilih sama ada hendak membenarkan maklumat peribadi anda dikongsi berdasarkan di atas, dan kami akan memaklumkan syarikat/organisasi yang dikenal pasti agar keputusan anda dimaklumkan kepada mereka. Sekiranya anda bersetuju dan sekiranya anda melawat mana-mana laman sesawang organisasi/syarikat tersebut, kami tidak dapat mengawal bagaimana mereka menggunakan atau memproses sebarang maklumat peribadi yang anda beri secara terus kepada mereka. Kami menggalakkan anda sentiasa menyemak terma & syarat serta polisi privasi mereka sebelum memberi sebarang maklumat peribadi anda.

Memilih: Kami di Kumpulan Utusan tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang sebelum ini tidak dinyatakan, kecuali kami telah mendapat kebenaran anda atau bagi tujuan yang diperlukan undang-undang.

Kebenaran bagi memberi maklumat peribadi bukan merupakan syarat untuk kami menjual produk kami, kecuali maklumat yang diperlukan adalah bagi memenuhi tujuan yang tertentu dah sah.

Membatalkan langganan: Pada bila-bila masa, anda boleh menarik balik kebenaran yang telah anda berikan ke atas maklumat peribadi anda yang kami simpan, guna atau dedahkan (secara umumnya dipanggil sebagai proses) dengan menelefon ke bahagian khidmat pelanggan kami seperti mana dinyatakan di seksyen 4 Polisi ini.

Sekiranya sebelum ini anda memilih untuk menerima maklumat komersial kami dan dalam masa yang sama menjadi pelanggan akhbar elektronik atau mana-mana laman sesawang kami seperti Utusan Online, sekiranya tarikh langganan anda tamat disebabkan sebarang sebab, kami tidak menganggap penamatan tersebut sebagai penamatan langganan anda secara automatik, dan kami akan terus menganggap bahawa kami terus mendapat kebenaran anda, kecuali anda menamatkan langganan secara spesifik.

3. KETEPATAN maklumat

Anda bertanggungjawab memaklumkan kami tentang sebarang perubahan ke atas maklumat peribadi anda dan memastikan maklumat tersebut tepat dan terkini.

4. KHIDMAT PELANGGAN

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
No telefon: 03-89243988
Isnin - Jumaat (9.00 pagi hingga 5.30 petang), tidak termasuk cuti umum


Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Polisi ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

Penafian: BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DALAM DOKUMEN INI DISAMPAIKAN SECARA "AS IS" TANPA SEBARANG WARANTI SAMA ADA YANG DINYATAKAN ATAU TIDAK SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN. ANDA BERSETUJU UNTUK MENANGGUNG SENDIRI KERUGIAN, MEMBELA DIRI ANDA DAN TIDAK MENGAITKAN LAMAN SESAWANG Utusan Online, UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD DAN SEMUA RAKAN NIAGANYA DARIPADA SEBARANG TUNTUTAN (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA TUNTUTAN SAMAN FITNAH, ISU-ISU PERDAGANGAN, PRIVASI DAN PELANGGARAN HARTA INTELEK) DAN KERUGIAN TERMASUK YURAN GUAMAN SAMA ADA DARIPADA ANDA ATAU AKAUN ANDA.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31