SUKAN

Pengadil tinju diarah tinggalkan London

Pengadil tinju diarah tinggalkan London


MERETNYYAZOV (kiri) memegang tangan Shimizu ketika mengadili
perlawanan tinju bagi kategori 56kg di Pusat ExCel, London kelmarin.


LONDON - Pengadil acara tinju dari Turkmenistan, Ishanguly Meretnyyazov diarah meninggalkan London.

Persekutuan Tinju Amatur Antarabangsa (AIBA) mengambil keputusan itu selepas Meretnyyazov membuat keputusan kontroversi pada perlawanan yang membabitkan petinju Azerbaijan, Magomed Abdulhamidov dan Satoshi Shimizu dari Jepun dalam kategori 56 kilogram di Pusat ExCel, London kelmarin.

"Saya berasa kesal dengan tindakan Meretnyyazov dan kami harus mengambil keputusan ini," kata Presiden AIBA, CK Wu.

Menurut Wu, AIBA mengambil keputusan tersebut untuk melindungi integriti sukan tinju bagi memberi keputusan yang adil dan saksama.

Dalam aksi bagi kategori bantamweight itu, Magomed tumbang sebanyak enam kali selepas menerima tumbukan padu Shimizu pada pusingan ketiga.

Namun Meretnyyazov meneruskan perlawanan sebelum memberi kemenangan kepada Abdulhamidov dengan keputusan 22-17.

Bairpun Shimizu membelasah Abdulhamidov sehingga hampir tidak bermaya tetapi dia terpaksa akur kepada keputusan 'berat sebelah' yang dilakukan pengadil dari Turkmenistan itu.

Sementara itu, AIBA turut menggantung tugas pengadil dari Jerman, Frank Scharmach selama lima hari selepas beliau membuat keputusan untuk membatalkan kemenangan seorang atlet Iran, Ali Mazaheri dan mengusir seorang pegawai teknikal, Aghajan Abiyev dari Azerbaijan. - AP

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15