fbpx

Co-opbank Pertama, MAIWP agih zakat RM60,000 kepada usahawan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan usahawan asnaf terpilih bergambar bersama cek cura masing-masing di Majlis Agihan Zakat CBP Musa’adah di Dewan Seminar MAIWP, Bangunan Perkim, di sini, hari ini. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu usahawan asnaf menerusi Agihan Zakat CBP Musa’adah.

Menurut Ahli Lembaga CBP Datuk Shaharudin Mohd Sa’ad, sebanyak RM60,000 diagihkan kepada usahawan-usahawan asnaf yang dikenal pasti MAIWP sekitar Kuala Lumpur.

“Seramai 12 penerima yang juga usahawan dalam pelbagai jenis perniagaan menerima wang wakalah sebanyak RM5,000 seorang.

“Kami berharap, agihan zakat ini dapat memberi motivasi kepada penerima untuk mengembangkan potensi perniagaan mereka,” katanya.

Tambah Shaharudin CBP sering mendekati masyarakat menerusi pelbagai program kemasyarakatan menerusi CB-Prihatin, agihan Kotak Rezeki dan program ‘Back-to-School’ kepada golongan asnaf dan B40.

Untuk rekod, CBP mengagihkan wakalah zakat berjumlah RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf yang berkelayakan.

Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, jumlah wang agihan zakat in merangkumi lima buah negeri iaitu Pula Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan juga Pahang.

Turut hadir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP, Ahmad Saifuddin Md Tahir dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Kamarunnizam Shahimi, Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI