NEGARA

Amalan rumah terbuka kembali ke kediaman Perdana Menteri - <i> 50,000 ceriakan suasana raya di Rumah Rakyat</i>

Amalan rumah terbuka kembali ke kediaman Perdana Menteri - 50,000 ceriakan suasana raya di Rumah Rakyat


WALAUPUN lama menunggu, pengunjung daripada pelbagai kaum tetap bersemangat melaungkan 'Selamat Hari Raya Datuk Seri' pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya kelmarin.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mengembalikan lokasi sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya kelmarin kerana beliau menganggap ia adalah Rumah Rakyat.

Sejak lima tahun lalu, majlis yang sama diadakan di PWTC sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


NAJIB dan Dr. Mahathir beramah mesra dengan Izzana Salleh (dua dari kiri) dan Izran Salleh (tiga dari kiri) pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya kelmarin.


Bagi Najib yang segak dengan baju Melayu berwarna merah jambu, majlis itu mempunyai pengertian yang besar kerana ia kali pertama diadakan oleh beliau selaku Perdana Menteri.

"Saya mengadakan rumah terbuka kali ini di Seri Perdana kerana ia Rumah Rakyat, dan pengunjung yang datang dapat berkenalan dengan ahli Kabinet lain, selain bersalaman dengan saya,'' katanya.

Menu majlis itu juga mencerminkan semangat 1Malaysia apabila meja-meja hidangan menyajikan sate, ketupat, lemang, thosai dengan kari dhal serta kuetiau goreng.




Iklan@KOSMO!